Kedudukan pengurus Cheslea, Frank Lampard kini dilihat dalam bahaya selepas beliau gagal memberikan hasil yang dimahukan selepas berbelanja besar.
Tewas 2-0 di tangan Leicester City menguatkan lagi angin spekulasi yang legenda kelab itu akan disingkirkan sebelum masanya.
Walaupun tekanan terhadap Lampard oleh pengurusan Chelsea belum benar-benar di tahap bahaya, namun mereka yang berada di luar sudah menjangkakan yang masa sudah semakin suntuk untuk beliau.
Akan tetapi, Chelsea dikhabarkan akan menimbang idea untuk melepaskan Lampard demi mendapatkan pengurus lain.
Lebih menarik, Chelsea dilihat mahu mendapatkan pengurus yang kini berkhidmat di Bundesliga untuk membolehkan rekrut mereka seperti Kai Havertz serta Timo Werner untuk mendapatkan prestasi terbaik.
Kedua-dua pemain itu dilihat jelas sekali mengalami kesukaran untuk mendapatkan prestasi terbaik sejak tiba di England, jadi tidak menjadi satu cadangan yang buruk untuk mendapatkan pengendali dari liga Jerman.
Menurut SB Nation, beberapa nama telah disebut-sebut seperti Julian Nagelsmann dan juga Ralf Rangnick dilihat mampu mengisi tempat Lampard sekiranya beliau dipecat.
Chelsea dikhabarkan mencari-cari pengurus yang disifatkan sebagai “berpengalaman, mempunyai visi dan ada taktikal yang jelas.”
Selain dua nama yang disebut tadi, Thomas Tuchel juga disebut-sebut untuk menggantikan Lampard tetapi beliau dilihat sebagai pilihan kedua memandangkan rekod buruknya yang sering bergaduh dengan pengurusan kelab.
Pengendali Southampton, Ralph Hasenhüttl juga dilihat calon yang sesuai untuk dibawa ke Stamford Bridge.
Baca juga artikel kami mengenai Frank Lampard:
Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?
Frank Lampard: Pemain Saya Kurang Karakter, Perlu Ada Perubahan