Maurizzio Sarri berterusan memberikan tekanan kepada pengurusan tertinggi Chelsea untuk mendapatkan pemain baharu. Mereka kini dalam proses mendapatkan Gonzalo Higuain.
Minggu lalu, laporan oleh Fabrizio Romano menyatakan Milan dan Juventus mencapai kesepakatan dengan Chelsea untuk perpindahan secara pinjaman – Higuain.
Namun AC Milan dilaporkan meletakkan syarat khas. Mereka mahu memastikan mereka mendapat pengganti Higuain terlebih dahulu, barulah mereka melepaskan Higuain. AC Milan dilaporkan sedang berunding dengan Genoa untuk mendapatkan Krzysztof Piatek.
Laporan di Itali menyatakan, Juventus tidak boleh membuat keputusan penuh dalam isu Higuain kerana Milan sudah membayar sejumlah £16 juta yuran pinjaman. Cuma baki £33 juta adalah untuk klausa perpindahan tetap.
Piatek menjadi rebutan banyak kelab di Itali. Namun sejarah membuktikan, Genoa sangat gemar berurusan dengan AC Milan.
Beberapa hari lalu, Presiden Genoa – Perinetti mendesak agar AC Milan menyegerakan pembelian Piatek. Ini kerana mereka tahu AC Milan mahukan pemain itu. Jika urusan itu dipercepatkan, Genoa akan mempunyai banyak masa untuk membelanjakan wang tersebut dalam perpindahan kali ini.
Perinetti berkata: “Kami menunggu tawaran untuk Piatek. Kami masih belum menerima sebarang bidaan rasmi. Namun yang pasti ada beberapa kelab berminat termasuk AC Milan.”
Beliau menyatakan lagi, AC Milan mungkin tidak melakukan bidaan selepas Genoa sebelum ini menyatakan mereka mahu mengekalkan pemain itu pada musim ini. Namun kini Genoa mengubah polisi itu, dan mereka terbuka mendengar sebarang tawaran.
“AC Milan tahu yang kami [sebelum ini] menegaskan mahu pemain ini kekal sampai Jun. Namun kami kini terbuka untuk mempertimbangkan tawaran dari luar. Kami memang tak mahu menjual beliau tetapi, ianya bergantung kepada tawaran AC Milan – jika tawaran itu lumayan, kami akan pertimbangkan.”
“Kami tak boleh menunggu sehingga hari terakhir perpindahan. Siapa mahukan Piatek, sila bertindak cepat.”
Calciomercato melaporkan Genoa meletakkan tanda harga bermula daripada €40 juta – hanya perpindahan tetap sahaja dipertimbangkan.
Gonzalo Higuain still in Italy as AC Milan try to secure Genoa’s Krzysztof Piatek as replacement, enabling Higuain to join Chelsea. If agreement on all sides, financials/medicals should be quick. Genoa chief Giorgio Perinetti says conclusion to talks within 48 hours #CFC #ACMilan
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 21, 2019
Dalam perkembangan lain, pemain muda sasaran Bayern Munich – Callum Hudson-Odoi dilaporkan menolak tawaran terbaru dikemukakan Chelsea untuk lanjutan kontrak.
Odoi dilaporkan ditawarkan £85,000 seminggu. Odoi sebelum ini memberikan isyarat beliau berminat mahu ke Jerman, menyertai Bayern Munich. Chelsea sudah menolak 2 bidaan oleh Bayern ke atas Odoi sebelum ini.
Chelsea berusaha untuk menghalang pemain berbakat mereka itu dijual. Ini selepas beberapa musim lalu mereka menjual pemain terutama sekali nama seperti Lukaku, De Bruyne, dan Mohamed Salah.
BREAKING: Sky Sports News understands Callum Hudson-Odoi will reject offer of new Chelsea contract worth £85,000 per week. #SSN
More on Transfer Centre LIVE! https://t.co/drJpdur827 pic.twitter.com/ZAGs8nn5aE
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 21, 2019
Berikut adalah kronologi ringkas melibatkan Callum Hudson-Odoi
29 Disember 2018 – Bayern menghantar bidaan pertama £13.5 juta untuk Odoi; namun ditolak oleh Chelsea.
3 Januari 2019 – Odoi menolak tawaran lanjutan kontrak dari Chelsea. Dan beliau menyatakan keinginannya untuk menyertai Bayern Munich.
7 Januari 2019 – Hudson-Odoi dilaporkan menghantar ‘transfer request’, namun ditolak Chelsea. The Blues kemudian meminta £40 juta daripada Bayern – dengan syarat memasukkan klausa beli balik. Bayern Munich tak setuju dengan klausa beli balik tersebut.
8 Januari 2019 – Bayern menghantar bidaan kedua untuk Odoi, dilaporkan sekitar £20 juta. Jadon Sancho dan Rudiger kemudian memberitahu bahawa Hudson Odoi ada bertanya kepada mereka tentang perpindahan ke Jerman.
10 Januari 2019 – Chelsea memberikan amaran akan membawa kes ke FIFA, jika Bayern menghubungi Odoi dari belakang.
11 Januari 2019 – Bayern dilaporkan melakukan bidaan ketiga bernilai £34.4 juta. Sekali lagi ditolak oleh Chelsea.
16 Januari 2019 – Bayern tampil dengan bidaan ke-4 sekitar £35 juta dan dilaporkan yang terakhir. Jika Chelsea menolak tawaran ini, pemain tersebut mungkin akan menjadi ejen bebas – kerana kontrak semasa tamat pada 2020.
18 Januari 2019 – Chelsea menawarkan lanjutan kontrak dengan gaji £70,000 seminggu – ditolak oleh Odoi
21 Januari 2019 – Chelsea menawarkan kontrak lanjutan dengan gaji £85,000 seminggu – juga ditolak oleh Odoi. Bayern Munich dilaporkan sedia untuk membayar sebarang angka yang ditawarkan oleh Chelsea kepada Odoi.