Chelsea telah menawarkan penginapan percuma di Hotel Millennium, Stamford Bridge kepada Kakitangan Kesihatan Awam (NSH) yang terlibat mengendalikan penularan wabak coronavirus di London.
Hotel milik kelab itu akan dibuka secara percuma kepada kakitangan NHS selema dua bulan dan dibuka untuk mana-mana kakitangan NHS yang bekerja di hospital sekitar barat-laut London.
Menurut kenyataan daripada Chelsea, ia adalah idea daripada pemilik kelab, Roman Abramovich yang akan membiayai kos penginapan tersebut.
Chelsea Football Club is joining the medical response to the coronavirus outbreak in London with the news the National Health Service (NHS) has accepted the Club’s offer to make the Millennium Hotel at Stamford Bridge available for NHS staff… https://t.co/eENBcxRXXX
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 18, 2020
Menurut kenyataan daripada Chelsea, usaha itu dilakukan untuk membantu kakitangan kesihatan dan perubatan yang bertungkus lumus bekerja untuk tempoh masa yang panjang akibat penularan wabak COVID-19.
“Ramai kakitangan terpaksa bekerja shift yang panjang, dan tidak pulang ke rumah kerana jarak perjalanan. Penginapan berdekatan akan membantu individu pentin ini pada masa kritikal sebegini,” ujar kenyataan dari kelab.
Walaupun pada masa ini hotel tersebut dibuka untuk kakitangan hospital di sebelah barat-laut London, Chelsea mungkin akan memperluaskan kemudahan itu kepada kakitangan lain sekiranya keadaan memerlukan.
Bagaimanapun kakitangan yang mempunyai simptom jangkitan COVID-19 tidak akan dibenarkan memasuki premis hotel.
A message from our co-owner Gary Neville. @GNev2 @GG_Hospitality pic.twitter.com/uy2rEfweho
— Hotel Football (@hotelfootballuk) March 18, 2020
Selain Chelsea dan Abramovich, turut mengambil inisiatif sama membantu kakitangan perubatan dan kesihatan ialah Gary Neville dan Ryan Giggs.
Dua pemain legenda Manchester United ini membenarkan dua hotel milik mereka, Hotel Football yang terletak berdekatan Old Trafford dan The Stock Exchange digunakan untuk tujuan yang sama.
Perkara itu diumumkan oleh Neville melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui media sosial miliknya.