Chelsea Hanya Akan Jual Hazard Dengan Harga £130 Juta

Real Madrid pastinya terkejut dengan tanda harga terbaru diletakkan oleh Chelsea ke atas Eden Hazard.

Sebelum ini Real Madrid dilaporkan boleh memiliki Hazard dengan nilai £100 juta. Itupun sudah dianggap sangat tinggi untuk pemain yang sudah terang-terang tidak akan melanjutkan kontrak dan masih ada baki kontrak sekitar setahun.

Pada jendela perpindahan yang lalu – selepas tamat Piala Dunia, Chelsea dilaporkan meminta £200 juta untuk mana-mana kelab yang mahukan Hazard. Real Madrid sememangnya pasukan yang sudah lama mahukan Eden Hazard.

Eden Hazard pada beberapa minggu lalu sudah memberitahu kelab bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak di Chelsea.

Dengan baki kontrak beliau yang ada kira-kira setahun lagi, adakah Chelsea mampu mendapatkan angka £130 juta daripada penjualan Hazard.

Jika Chelsea tidak menjual Hazard dalam perpindahan kali ini, pemain itu akan menuju ke fasa akhir kontrak – di mana pada 6 bulan terkahir daripada tarikh akhir kontrak, Hazard akan menjadi ejen bebas.

Sky Sports melaporkan Pengarah Urusan Chelsea, Marina Granovskaia tidak terdesak untuk menjual Hazard pada jendela perpindahan kali ini.

Chelsea juga masih berharap Hazard akan berubah fikiran dan memilih untuk melanjutkan kontrak dengan pasukan Chelsea.

Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menyatakan beliau dan kelab Chelsea akan menghormati apa jua pilihan dan keputusan Hazard.

Real Madrid sebelum ini dilaporkan gagal memeterai perjanjian Luka Jovic yang dinaikkan valuasi secara mengenjut oleh kelabnya kepada £100 juta daripada £60 juta yang dilaporkan sudah dipersetujui sebelum ini.

Real Madrid terdesak untuk mendapatkan pemain berkualiti seperti Eden Hazard untuk mengembalikan sengat pasukan itu.

Sementara itu Eden Hazard pernah menyatakan bahawa Real Madrid adalah kelab impian beliau sejak kecil lagi. Hazard juga mengagumi Zinedine Zidane sebagai seorang pemain dan pengurus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN