Chelsea Disarankan Supaya Lantik Emma Hayes Sebagai Pengganti Lampard

Chelsea disarankan supaya melantik jurulatih skuad wanita, Emma Hayes sebagai pengganti kepada Frank Lampard untuk mengendalikan skuad lelaki mereka dalam saingan Premier League.

Seandainya hal itu benar-benar berlaku, maka Emma Hayes akan mencipta sejarah baru menjadi pengurus wanita pertama yang menguruskan kelab dalam saingan Premier League..

Chelsea masih gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari enam perlawanan terakhir mereka di bawah kendalian Frank Lampard.

Melihat legenda kelab itu masih gagal untuk catatkan kemenangan pertama, sudah ada suara-suara yang mendesak agar Lampard segera dipecat.

The Blues kini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pengurus tetap yang baru, namun melihat kepada cara bagaimana Todd Boehly menguruskan kelab, ia menyebabkan ramai pengurus ternama tidak berminat untuk ke Stamford Bridge.

Julian Nagelsmann dan Luis Enrique antara yang sudah awal-awal menyatakan yang mereka tak berminat untuk menyertai Chelsea kerana tidak suka dengan cara Todd Boehly.

Walau bagaimanapun, pihak kelab kini dilaporkan sudah memulakan rundingan mereka untuk mendapatkan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Walau sudah mengeluarkan belanja yang sangat dahsyat, namun sepertinya ia sama sekali tidak membantu Chelsea untuk menjadi lebih baik musim ini.

Mereka kini sedang berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan Premier League dengan The Blues juga sebenarnya berpotensi untuk tersingkir ke saingan Championship.

Dek kerana merasakan yang Chelsea benar-benar perlu lakukan sesuatu, penyampai talkSPORT, Andy Goldstein tampil beri cadangan kepada The Blues supaya melantik pengurus wanita, Emma Hayes sebagai pengganti kepada Lampard.

“Saya ada jawapan kepada masalah Chelsea. Dan saya 100 peratus serius pada ketika ini.”

Jelas Goldstein yang sedang berbual bersama Darren Bent.

“Ia tak berhasil untuk Frank Lampard, atas apa alasan sekalipun dia memang tak berhasil.”

“Mereka memerlukan seseorang yang sudah bekerja bersama kelab, seseorang yang sudah sangat-sangat berjaya, seseorang yang tahu cara bagaimana untuk uruskan pasukan.”

“Dia hanya perlu datang untuk empat perlawanan dan kemudian mereka boleh teruskan dengan perancangan mereka untuk musim depan.”

“Saya tak faham mengapa mereka tak pecat Frank Lampard dan gantikan dengan Emma Hayes.”

“Dia sangat sesuai dan sangat faham cara bagaimana untuk mengendalikan pasukan yang besar, dia memang dah ada dekat Chelsea.”

“Saya rasa mereka dah bermain 11 perlawanan untuk skuad wanita Chelsea, jadi ini masih awal musim untuk mereka, tapi di sana ada baki empat perlawanan (lelaki/Premier League). Saya yakin Emma boleh uruskan dua-dua.”

Beliau kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Kenapa tidak? dia memang dilahirkan sebagai pemenang.”

“Buat masa sekarang, Frank Lampard bukan jawapannya.”

Hayes berjaya menjulang gelaran WSL kelima beliau musim lalu dan skuad kendalian beliau kini berada di kedudukan kedua dalam carta liga dengan masih memiliki kelebihan dua perlawanan belum dimainkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN