Chelsea Catat Kemenangan, Tetapi Sarri Lahir Kebimbangan

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata pertandingan UEFA Europa League (UEL) boleh memberikan masalah kepada Chelsea di akhir musim, selepas menyaksikan pasukan kendaliannya menewaskan PAOK Salonika 1-0 di Greece.

Gol awal oleh Willian yang menyempurnakan hantaran Ross Barkley cukup untuk memberi kemenangan kepada The Blues yang meneruskan rentak kemenangan dalam semua pertandingan sejak bermula kempen musim ini.

THESSALONIKI, GREECE – SEPTEMBER 20: Willian scores the first goal for Chelsea during the UEFA Europa League Group L match between PAOK and Chelsea at Toumba Stadium on September 20, 2018 in Thessaloniki, Greece. (Photo by MB Media/Getty Images)

Stadium dikatakan penuh, dengan jualan tiket perlawanan dikatakan habis dijual untuk perlawanan ini.

Ini adalah perlawanan pertama Chelsea dalam pertandingan UEL sejak menjuarai pertandingan tersebut pada 2013. Ia juga kemenangan keenam berturut-turut Chelsea dalam semua pertandingan sekaligus memberika tiga mata pertama untuk mereka di saingan Kumpulan L.

Satu lagi perlawanan Kumpulan L menyaksikan BATE Borisov menewaskan wakil Hungary, Hidi dengan jaringan 2-0.

THESSALONIKI, GREECE – SEPTEMBER 20: Willian (C) celebrates after scoring the first goal for Chelsea during the UEFA Europa League Group L match between PAOK and Chelsea at Toumba Stadium on September 20, 2018 in Thessaloniki, Greece. (Photo by MB Media/Getty Images)

Selepas perlawanan, Sarri dipetik sebagai berkata:

“Untuk sebuah kelab Inggeris beraksi di Europa League, ia adalah satu pertandingan yang sangat mencabar,” ujar Sarri.

“Di Itali, jika kami beraksi di Greece pada Khamis, saya boleh memohon untuk aksi liga seterusnya pada malam hari Isin.

“Di England, pasukan yang sama harus kembali beraksi untuk saingan liga selepas 63 jam. Saya tidak tahu bagaimana masa depan Chelsea musim ini,” tambah beliau lagi.

The Blues akan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan ke West Ham pada Ahad hadapan, sebelum berhadapan Liverpool dua kali dalam saingan Piala Carabao dan juga liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN