Highlight & Laporan: Dua Gol Aubameyang Beri Arsenal Permulaan Cemerlang Di Europa League

Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal menewaskan wakil Ukraine, Vorskla Poltava 4-2 dalam perlawanan Kumpulan E UEFA Europa League awal pagi tadi.

Sebelum jaringan oleh Aubameyang, ia kelihatan seperti malam yang sukar buat Unai Emery dan Arsenal yang bergelut untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang nampak bersedia untuk perlawanan ini

Namun penyerang antarabangsa Gabon itu mengubah dinamik pasukan dan arus perlawanan apabila menyempurnakan hantaran Alex Iwobi, setelah pasukan pelawat seolah-olah terlalu menumpukan kepada serangan.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 20: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal scores a goal to make it 3-0 during the UEFA Europa League Group E match between Arsenal and Vorskla Poltava at Emirates Stadium on September 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Jaringan tersebut ialah sentuhan keenam Aubameyang dalam perlawanan ini, dan merupakan percubaan tepat pertama Arsenal yang tiba pada minit ke-32 perlawanan.

Penyerang antarabangsa England, Danny Welbeck kemudiannya melebarkan kedudukan kepada 2-0, tiga minit selepas aksi bersambung di babak kedua perlawanan melalui satu tandukan hasil hantaran lintang Henrikh Mkhitaryan.

Selepas itu Arsenal semaki yakin melakukan serangan dan Aubameyang menjaringkan gol kedua peribadi, sebelum Mesut Ozil melengkapkan jumlah jaringan untuk pasukan tuan rumah.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 20: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal celebrates after scoring his team’s third goal with Henrikh Mkhitaryan of Arsenal during the UEFA Europa League Group E match between Arsenal and Vorskla Poltava at Emirates Stadium on September 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Henry Browne/Getty Images)

Vorskla Poltava memperolehi dua gol sagu hati melalui kapten pasukan Vladimir Chesnakov, dan jaringan minit akhir Vyacheslav Sharpar.

Untuk rekod, Emery melakukan lapan pertukaran untuk perlawanan ini. Satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama menyaksikan Sporting Lisbon menewaskan FK Qarabag 2-0.

Saksikan rangkuman perlawanan melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN