Chelsea & Arsenal Seri, The Blues Membazir, Wilshere Cedera

Chelsea membazir banyak peluang di dalam perlawanan ini. Arsenal pula bertahan dengan baik dan berjaya mengimbangi ancaman.

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao di antara 2 musuh London ini berakhir dengan keputusan seri 0-0. Perlawanan ini menjadi perlawanan ke-2 di England menggunakan VAR.

Beberapa insiden menggunakan VAR dalam perlawanan ini. Paling meresahkan peminat Arsenal ketika pengadil meminta bantuan VAR untuk insiden bentesan Welbeck ke atas Fabregas, namun ia didapati bukan penalti.

Begitu juga dengan insiden Maitland Niles yang mengambil 30 saat untuk pengadil menilai sama ada ia penalti atau tidak. Juga tiada penalti untuk Arsenal.

Morata masih gagal memecah kebuntuan beliau di dalam perlawanan ini. 2 percubaan bahaya beliau gagal menerjah gawang.

Arsene Wenger pastinya lega dengan keputusan ini, beliau menyaksikan perlawanan daripada zon media. Wenger mengenepikan Alexis Sanchez daripada kesebelasan utama.

Pemain yang terus hangat dikaitkan dengan City itu, jelas agak kecewa berada di kerusi simpanan. Alex Iwobi, Welbeck dan Lacazette diberikan peluang untuk beraksi.

Lacazette agak menghampakan apabila hanya melakukan 19 sentuhan daripada 65 minit aksi di dalam padang.

Arsenal juga pastinya dukacita dengan kecederaan yang dialami oleh kapten mereka dalam perlawanan awal pagi tadi, Jack Wilshere.

Chelsea terlalu banyak membazirkan peluang gol. Mereka gagal menewaskan Ospina. Mereka melakukan 21 percubaan gol ke arah lawan, namun semuanya gagal menerjah gawang.

Skuad Antonio Conte kini gagal menjaringkan gol di Stamford Bridge dalam 3 perlawanan terakhir mereka di sana. Fabregas, Christensen dan Moses antara pemain yang mendapat peluang terbaik menjaringkan gol.

Calum Chambers adalah pemain terbaik Arsenal dalam perlawanan ini. Berita yang agak menggembirakan peminat Arsenal.

Perlawanan timbal balik di Emirates adalah pada 25 Januari 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN