Charlie Adam Kutuk Shaqiri, Sering ‘Hilang’ Dalam Perlawanan Penting Untuk Stoke City

Xherdan Shaqiri mungkin sudah tidak lagi bersama dengan Stoke City dan menyertai Liverpool.

Walaupun begitu, beliau tetap tidak dapat lari dari kritikan pedas rakan sepasukan beliau ketika beraksi untuk kelab tersebut.

Charlie Adam yang merupakan rakan sepasukan Shaqiri di Stoke City telah membidas pemain tersebut.

Hal ini kerana, beliau menganggap Shaqiri merupakan seorang pemain yang sering ‘hilang’ ketika dalam perlawanan atau saat-saat penting buat pasukan tersebut.

“Dikala kami sedang mengalami saat-saat sukar dalam perlawanan, kami mengharapkan pemain utama kami akan bangkit pada saat itu.”

“Kami mengharapkan magis yang akan dihasilkan oleh mereka dalam musim ini namun pada waktu itu kami berasakan pemain yang dianggap pemain utama itu di dalam skuad kami tidak pernah bangkit dan memberikan persembahan yang diperlukan.”

Charlie Adam pernah beraksi bersama Xherdan Shaqiri di Stoke City.

Adam yang merupakan bekas pemain Liverpool membidas Shaqiri yang pernah membidas bekas rakan sepasukan beliau satu ketika dahulu.

Terdahulu, Shaqiri pernah mengatakan rakan sepasukan Stoke Citynya tidak mencapai standard yang diperlukan oleh beliau untuk beraksi bersama.

Bagi Adam, Shaqiri tidak pernah memberikan hasil yang diperlukan mereka dalam saingan Premie League musim lalu.

(Photo by Steve Feeney/Action Plus via Getty Images)

Hasilnya, ia mendorong kepada kejatuhan mereka ke EFL Championship musim depan.

“Ya benar, pemain lain juga boleh membantu tetapi untuk pemain yang perasan dirinya pemain utama ini yang mendapat pujian dari beberapa staf kejurulatihan – mereka tidak menghasilkan apa-apa pun.”

Shaqiri kini menyertai Liverpool dengan jumlah perpindahan £13.5 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN