PSG bakal melayan kunjungan Real Madrid ke bumi Parc des Princes untuk aksi pusingan 16 terbaik dalam saingan Champions League awal pagi nanti.
Paris Saint Germain sedang bersedia untuk mengharungi musim yang cemerlang pada musim ini, dengan mereka kini semakin hampir pasti untuk menjuarai saingan Ligue 1.
Gelaran liga mungkin sudah terlalu biasa untuk gergasi Perancis itu, dan musim ini mereka menyasarkan untuk membawa pulang gelaran Champions League sebagai sasaran utama kelab.
Sergio Ramos denied another chance to say Real Madrid "farewell" as PSG woes persisthttps://t.co/qB4ymqvWRE pic.twitter.com/HvmDByBkLv
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 14, 2022
Salah satu sebab mengapa PSG bersungguh menandatangani ramai pemain bebas ejen pada jendela perpindahan musim panas lalu adalah untuk membantu mereka memenangi gelaran terbesar di pentas bola sepak Eropah itu.
PSG berjaya mengumpulkan barisan pemain bintang terhebat dunia untuk beraksi bersama mereka pada musim ini, dan andai mereka gagal untuk memenangi gelaran Champions League, ia jelas satu hal yang sangat merugikan kelab.
Laluan PSG di pusingan 16 terbaik sebenarnya agak sukar dengan mereka terpaksa bertemu dengan pendahulu saingan La Liga, Real Madrid.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan A di kedudukan kedua.
Bertemu Real Madrid sememangnya bakal menjadi tugas berat untuk PSG, namun mereka sepertinya lebih berpotensi untuk mencatat kemenangan dan bawa bekal selesa ke Santiago Bernabeu.
https://twitter.com/CompsPSG/status/1492556040034004995?t=Eprglq5U6s9YiXr52QE1rw&s=19
5) PSG ada kelebihan bermain di halaman sendiri
Perkara pertama yang menyokong PSG untuk menang tentu sekali hal yang paling jelas, iaitu mereka akan bermain di halaman sendiri.
Satu-satunya kekalahan mereka di Parc des Princes sepanjang musim adalah ketika aksi bertemu Nice dalam saingan French Cup pada minggu lalu.
Perlawanan tersebut asalnya tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan, namun Nice berjaya muncul sebagai pemenang selepas aksi penentuan sepakan penalti.
Tidak keterlaluan untuk katakan yang PSG berjaya menjadikan Parc des Princes sebagai kubu terkuat mereka dan sukar untuk pasukan lawan tumbangkan mereka di sana.
Mereka sudah beraksi 15 perlawanan di halaman sendiri pada musim ini, dengan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.
Dalam saingan Champions League, mana-mana pasukan sekalipun sudah tentu akan mempersiapkan diri agar mereka beraksi lebih baik di halaman sendiri.
PSG 🆚 Real Madrid combined XI! 🤩🙌
Do you agree with us? 🤨👇#RealMadrid #PSG #UCL #PSGRMA pic.twitter.com/Lfpx5f5hEg
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) February 15, 2022
PSG sudah sememangnya sering melakukan hal itu dan jelas sekali Real Madrid bakal berdepan laluan sukar untuk mencatat kemenangan di Parc des Princes.
4) Real Madrid sedang dalam rentak persembahan tak menentu
Pada awal musim lalu Real Madrid nampak sangat longlai dan mereka kemudiannya tampil dengan lebih hebat serta tak terkalahkan.
Namun sejak kebelakangan ini Real Madrid nampak terlalu longlai dan mereka hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari empat perlawanan terakhir mereka.
Lebih parah lagi, Los Blancos hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Hal ini sedikit membimbangkan Carlo Ancelotti terutama ketika memikirkan skuadnya bakal berkunjung ke Parc des Princes awal pagi esok untuk bertemu PSG.
Best Game Of The Season So Far
PSG 🔴🔵 VS REAL MADRID⚪ pic.twitter.com/BxQlaMIPvW
— 𝐏𝐒𝐆𝐈𝐍𝐓 (@PSGINT_) February 13, 2022
Para pemain Real Madrid bermain dengan baik namun masalah utama mereka adalah ketumpulan di barisan serangan skuad.
Vinicius Jr merupakan bintang paling berprestasi sepanjang musim ini, namun beliau kini sedang berdepan kemarau lima perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.
3) Real Madrid bergelut kerana kehilangan khidmat Karim Benzema
Karim Benzema tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya bersama Real Madrid sepanjang musim ini.
Seperti yang dinyatakan di atas, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ketika ini sangat bergelut dengan masalah prestasi di posisi serangan.
Dari tiga perlawanan terakhir, mereka hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dan alasan utama mengapa hal itu berlaku adalah kerana ketiadaan Karim Benzema.
Pemain kebangsaan Perancis itu sudah terlepas tiga perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan hamstring.
Pemain berusia 34 tahun itu turut bersama skuad Real Madrid ke Paris dan beliau turut tampil ketika sesi sidang media sebelum perlawanan.
Neymar is back in full training ahead of PSG's Champions League game vs. Real Madrid on Tuesday 🤗 pic.twitter.com/PYe5dV9k1U
— B/R Football (@brfootball) February 10, 2022
Namun sehingga kini masih belum jelas sama ada beliau akan bermain atau tidak dalam aksi pada awal pagi nanti.
Benzema ketika temu bual sebelum perlawanan beliau menyatakan bahawa:
“Saya berusaha dengan sangat keras dan saya rasa semakin baik. Kami akan ada sesi latihan malam ini dan kita akan lihat sama ada saya boleh bermain atau tak esok. Kita akan lihat bagaimana saya rasa ketika saya terlibat dengan sesi di atas padang esok.”
2) Kylian Mbappe sedang berada di tahap persembahan terbaiknya
Kylian Mbappe dijangka bakal menyertai Real Madrid pada musim panas nanti, namun ia tidak menghalang beliau untuk berusaha membantu PSG menyingkirkan Real Madrid dari saingan Champions League musim ini.
Mbappe telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di pusingan kalah mati pada musim lalu.
Beliau berjaya mencatatkan hat-trick ketika aksi bertemu Barcelona di Nou Camp, dan turut berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Bayern Munich di Allianz Arena.
Lionel Messi and Neymar played eight games together against Real Madrid for Barcelona:
𝗠𝗘𝗦𝗦𝗜
◥ 3 goals
◥ 2 assists𝗡𝗘𝗬𝗠𝗔𝗥
◥ 3 goals
◥ 4 assistsTonight, they might be running it back for PSG. #UCL pic.twitter.com/icmNlaCYU6
— Squawka (@Squawka) February 15, 2022
Melihat kepada persembahan mantap pemain kebangsaan Perancis itu, jelas sekali beliau memang menggemari aksi pusingan kalah mati saingan Champions League.
Beliau telah berjaya menjaringkan tujuh gol dan turut mencatatkan tiga assists dari sembilan perlawanan dalam semua pertandingan bersama PSG.
Mauricio Pochettino jelas sekali akan memanfaatkan aksi hebat Kylian Mbappe dengan menurunkan beliau pada aksi awal pagi nanti.
1) Lionel Messi sentiasa beraksi cemerlang bertemu Real Madrid
Sepanjang kariernya bersama Barcelona, Lionel Messi merupakan pemain yang paling banyak beri masalah kepada Real Madrid sepanjang pertemuan mereka.
Beliau telah membuat 45 penampilan bertemu Real Madrid, dengan Messi berjaya menjaringkan 26 gol dan turut mencatatkan 14 assists bertemu seteru utama bekas kelabnya itu.
Pemain kebangsaan Argentina itu sememangnya senantiasa memberikan yang terbaik, dan akan berusaha sehabis daya beliau untuk menghukum Real Madrid.
Messi's PSG career starts NOW.
By @RBairner
— GOAL News (@GoalNews) February 15, 2022
Pemain berusia 34 tahun itu juga turut sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sejak kebelakangan ini, selepas beliau mengharungi permulaan karier yang sukar di Paris.
Dari 10 penampilan beliau dalam semua pertandingan untuk PSG, Messi sudah berjaya menjaringkan tiga gol dan turut mencatatkan tujuh assists.