Kelab Liga 1 Jepun, Cerezo Osaka mengesahkan akan menyertai Kejohanan SuperMokh Cup pada edisi tahun ini.
Kejohanan peringkat umur khusus untuk memberi pendedahan kepada bakat muda di dalam dan luar negara itu akan diadakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang pada 13 sehingga 23 Disember hadapan.
Hasrat untuk menyertai kejohanan tersebut dinyatakan sendiri oleh Presiden Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima ketika ditemui dalam satu majlis pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman di Putrajaya pada hari ini.
#BHSukan Cerezo Osaka sertai Kejohanan SuperMokh 2019https://t.co/ei0XxLYcoQ pic.twitter.com/u1qGxNe6b3
— Berita Harian (@bharianmy) November 12, 2019
Turut bersama dalam pertemuan tersebut adalah rakan strategik Cerezo Osaka, Yakult Malaysia yang diwakili Pengarah Urusan syarikat, Encik Hirosho Hamada.
“ Pihak Cerezo Osaka berbesar hati menerima pelawaan yang di nyatakan oleh YB Menteri Belia & Sukan Malaysia sewaktu berlangsungnya program Asean Dream Project 2019.
“Kami akan menghantar pasukan bawah 14 tahun kami bagi menyertai kejohanan tersebut,” ulas Hiroaki Morishima
Sebelum ini Cerezo Osaka dengan kerjasama Yakult Malaysia telah menganjurkan Asean Dream Project 2019 dengan memilih 5 pemain muda berbakat Malaysia untuk diberi peluang berlatih dan menimba ilmu dengan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka di Japan.
15 pemain dari seluruh Malaysia akan dipilih dan dibawa ke Cerezo Osaka untuk pendedahan pada tahun hadapan.
Posted by Semuanya BOLA on Monday, November 11, 2019
Selain itu, kelab bola sepak Cerezo Osaka juga turut menjadi destinasi kepada ubi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan 3 lagi rakannya menjalani latihan percubaan pada bulan September yang lalu.
Kejohanan Piala SuperMokh 2017 merupakan sebuah kejohanan belia jemputan antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia bagi pemain berumur bawah 12, 13 dan 14 tahun bagi edisi 2017.
Sebelum ini kejohanan tersebut disertai oleh pasukan akademi dan kelab dari Qatar, Portugal, Perancis, England, Croatia, Belanda, Iran, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Thailand.