CEO Terengganu Sedia Lepaskan Pemain Demi Piala Asia B-23

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Mohd Sabri Abas antara paling awal menyatakan beliau sedia melepaskan para pemain yang terpilih untuk menyertai saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) bersama kem kebangsaan.

Malaysia bawah 23 (B-23) menjadi antara negara yang berjaya melayakkan diri ke saingan tersebut dan ianya bakal bermula tidak lama lagi dengan membawa misi tersendiri.

Jelas Sabri, mereka tidak mempunyai masalah serta bersedia untuk melepaskan para pemain Terengganu yang dipilih untuk mewakili pasukan kebangsaan B-23 ke saingan tersebut nanti.

Malah, ianya dianggap sangat penting buat pasukan kebangsaan di persada antarabangsa serta dapat meningkatkan lagi kualiti pemain dalam karier profesional mereka.

“Kita akan lepaskan pemain kita. Lagipun kejohanan itu bulan April. Kita tiada halangan kerana ia untuk kepentingan negara dan untuk jangka panjang karier pemain kita juga,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Selain itu, Stanley Bernard selaku CEO Kuala Lumpur City (KL City) tidak bermasalah untuk melepaskan para pemain kelabnya bersama pasukan kebangsaan dan menyifatkan ianya penting demi negara.

“Liga akan bermula Mei nanti dan ini tidak bagus untuk pemain berada di tahap terbaik. Bila ada kejohanan kompetitif seperti ini, ia bagus dan pemain akan pulang semula kepada pasukan selepas tamat kejohanan.

“Fokus utama adalah untuk negara. Jadi bagi saya tiada masalah,” katanya mengenai perkara itu dan tidak bermasalah untuk melepaskan pemainnya.

Sebelum ini, Datuk Seri Shahril Mokhtar selaku pengurus skuad B-23 telah pun menyuarakan hasrat supaya setiap kelab memberikan kerjasama untuk melepaskan para pemain ke saingan Piala Asia B-23.

Saingan ini juga menyaksikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin meletakkan impian untuk menyaksikan skuad B-23 negara melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

“Kalau kita lihat kelayakan ini (Piala Asia B-23 di Qatar) makna hanya empat pasukan sahaja layak ke Olimpik, tiga tambah satu.

“Satu akan lawan playoff dengan benua lain. Jadi kalau dapat dua tempat teratas (peringkat kumpulan) akan layak ke suku akhir dan seterusnya masuk separuh akhir.

“Harapan kita memang kalau boleh kita masuk separuh akhir cantik, tapi sebelum itu kena layak dulu ke suku akhir. Jadi saya dan FAM akan tekan (berusaha) sebaik mungkin,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN