CEO Sri Pahang Yakin Hidalgo Akan Kekal Kerana Teman Wanitanya Akan Datang Ke Malaysia

Sri Pahang Manuel Hidalgo

Segelintir penyokong Sri Pahang ternyata bimbang mengenai masa depan pemain import baharunya, Manuel Hidalgo yang dikatakan hanya menjadikan pasukan itu sebagai persinggahan sebelum berhijrah ke pasukan Liga Malaysia lain pada musim hadapan.

Apa tidaknya, pemain berusia 22 tahun itu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua telah mencipta impak luar biasa sejak tiba di Kuantan dengan membantu skuad kendalian Dollah Salleh itu mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan terakhir.

Kali pertama diturunkan pada awal bulan ini menentang Selangor, penyerang kelahiran Argentina itu menjaringkan satu gol sebelum mencipta bantuan gol pada minit-minit akhir untuk mengikat pasukan dari Lembah Klang itu.

Kemudian beliau juga bermain dengan baik untuk membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Perak di tempat lawan.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Muhammed Suffian Awang cuba untuk meleraikan kegusaran penyokong setia Tok Gajah dengan memberi jaminan bahawa Hidalgo akan terus kekal bersama Sri Pahang.

“Kita bawa masuk Manu [Hidalgo] bersama beberapa pemain baharu bagi memantapkan pasukan, mereka semakin membuktikan kemampuan yang dimiliki dan ini yang kami mahukan,” ujarnya kepada Cakap Sukan.

“Bagi Manu pula, kita membuat perjanjian untuk membantu pasukan sehingga tamat musim 2021 ini kemudian kami akan nilai prestasi yang dipamerkan dalam tempoh perjanjian.

“Sudah pasti dia akan terus bersama membantu pasukan dalam jangka masa yang panjang melihatkan prestasi semasanya selepas dua perlawanan. Jadi penyokong Tok Gajah tidak perlu bimbang, kita akan pastikan Manu kekal di Pahang,

“Dia (Manu) gembira bersama rakan sepasukan, di Pahang dan saya dimaklumkan juga teman wanitanya akan datang ke Pahang.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Data FIFA Buktikan Liga Malaysia Sudah Jadi “Lembah Hamba Abdi” Bola Sepak Dunia

Hafizul Hakim: Ada Yang Kecewa Dengan Kenyataan ‘Jika Tiada Jiwa Untuk Perak’

Emre Can Antara Yang Meraikan Panggilan Pertama Liridon Krasniqi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN