Sri Pahang gagal untuk melakar rekod bersih tanpa kalah mereka musim ini selepas mengharungi 12 perlawanan, setelah pasukan tersebut tumpas di tangan pendahulu Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), jelas memberi tekanan cukup besar buat Sri Pahang untuk cuba mengekalkan rekod tanpa kalah biarpun lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan berlangsung.
Keep your heads up 💪🏽#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo#PosMalaysia pic.twitter.com/qPorBnso00
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) May 24, 2023
Walaupun merekodkan kekalahan 0-2 di tangan JDT, ianya perlu dianggap sebagai suatu motivasi buat Sri Pahang untuk tampil lebih baik pada aksi seterusnya.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang (CEO) iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang juga meminta supaya para pemain tidak perlu terlalu kecewa walaupun rekod bersih mereka telah lebur kepada JDT.
“Ini kerana kita tewas kepada pasukan yang hebat dan turut memberikan tentangan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
“Kekalahan ini diharap tidak melunturkan semangat pemain untuk memastikan prestasi lebih baik akan dipersembahkan pada baki aksi Liga Super selepas ini.
“Pemain tidak perlu berasa kecewa kerana JDT diakui sebuah pasukan yang hebat dan memiliki barisan pemain yang bagus,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Suffian turut menyeru para pemain untuk kembali mencipta kebangkitan pada siri perlawanan akan datang serta mengukuhkan posisi di kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super.
“Matlamat utama pasukan selepas ini ialah untuk memastikan tiga mata dikutip pada setiap perlawanan bukan sahaja di halaman sendiri, malah di tempat lawan,” katanya lagi.
Musim ini Sri Pahang boleh dianggap melakar kejutan tersendiri dalam saingan Liga Super, setelah tampil dengan rekod bersih tanpa kekalahan dalam 11 perlawanan dihadapi.
Aksi 45 minit separuh masa pertama#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo#PosMalaysia pic.twitter.com/6jvQ5YVn21
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) May 24, 2023
Malah, Sri Pahang juga berjaya mengetepikan pasukan pilihan lain di kedudukan carta liga untuk berada di tangga ketiga mengatasi Sabah serta Kedah Darul Aman (Kedah).
Walaupun tewas pada perlawanan terbaharu ketika menentang JDT, aksi yang dipamerkan oleh Sri Pahang jelas memberi tentangan agak baik buat tuan rumah sebelum memperoleh gol.
Pemain-pemain seperti Azwan Aripin, Kpah Sherman, serta penjaga gol mereka iaitu Zarif Irfan antara beraksi cemerlang dalam usaha untuk mengekang setiap pergerakan bintang JDT.