CEO Negeri Sembilan Beri Sebab Kenapa Takumi Sasaki ‘Diikat’ Musim Ini

Negeri Sembilan secara rasminya telah pun memperkenalkan pemain import ketiga mereka musim ini dari Jepun iaitu Takumi Sasaki untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Pengenalan pemain tersebut secara rasminya sudah pun dibuat semalam melalui media sosial rasmi pasukan tersebut dengan Takumi diperkenalkan secara umum.

Pada usia 25 tahun, Takumi sudah pun memiliki banyak pengalaman sebelum itu di Jepun dalam saingan J3 League selaku pemain tengah menyerang dan sudah pun meledak dua gol daripada 22 perlawanan.

Takumi juga merupakan salah seorang pemain Jepun yang pernah menganggotai skuad kebangsaan bawah 20 (B-20) serta berkebolehan beraksi di serata posisi serangan untuk menjadi aset terbaik Hoben Jang Hoben.

Pertama kali beraksi di Malaysia, sudah tentu ramai tidak sabar untuk melihat sejauh mana kualiti mampu ditampilkan oleh Takumi bersama Negeri Sembilan selaku pertaruhan import baharu.

Menurut Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Takumi ditandatangani bukan hanya untuk menyerlahkan potensi beliau demi memberi nilai tambah kepada pasukan.

Tetapi, kehadiran pemain tersebut juga mampu memberi ruang buat skuad Hoben Jang Hoben untuk meneroka peluang baharu di Jepun nanti dalam pelbagai aspek.

“Penilaian ke atas Takumi telah dilakukan oleh pasukan teknikal dan kita teruja dengan kebolehan Takumi disamping keserasian beliau dengan rakan sepasukan yang lain,” kata beliau menerusi laman rasmi Negeri Sembilan.

Pada masa sama, Takumi juga akui beliau sangat gembira bersama Negeri Sembilan menerusi penerimaan rakan sepasukan lain buat dirinya.

“Mereka adalah orang yang sangat baik, saya fikir kita akan cepat menjadi sebuah pasukan yang terbaik,” jelas beliau pula mengenai pengalaman pertama kali menyarung jersi Negeri Sembilan.

Selain Takumi, Negeri Sembilan sebelum itu sudan pun memperkenalkan pemain kebangsaan Myanmar, Hein Htet Aung menerusi status pinjaman daripada Selangor.

Malah, bekas peledak berbisa PDRM tahun lalu iaitu Jacque Faye turut ditandatangi untuk mengetuai barisan serangan Negeri Sembilan yang sedikit tumpul pada musim lalu.

Ketika ini, berkemungkinan besar Negeri Sembilan hanya menunggu masa sahaja untuk mengumumkan Aliyu Abubakar yang sebelum ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Nigeria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN