Kelab Divisyen 2 Bundesliga, St. Pauli mengumumkan mereka telah melepaskan pemain tengah, Ceck Sahin dengan serta merta berikutan tindakan pemain warga Turki itu memuat naik satu hantaran pro-Turki dalam media sosial.
Pemain berusia 25 tahun itu membuat hantaran dalam akaun Instagram miliknya dengan menyatakan sokongan terhadap operasi tentera Turki di wilayah utara Syria yang dikuasai oleh puak Kurdish.
Sahin dalam hantarannya menulis, “Kami sentiasa di belakang wira negara dan barisan tentera. Doa kami sentiasa mengirinya anda semua.”
#StPauli has released #CenkSahin from his contract after he posted support for Turkey's military action on Instagram.
"That we reject acts of war is not open to doubt or discussion. These acts, & the expression of solidarity with them, run counter to the values of the club."#FLAF pic.twitter.com/m0OYNGcdb9— Celtic Fans Against Fascism (@Class1Action) October 15, 2019
“Siasatan dalaman terhadap hantaran Cenk Sahin dalam akaun Instagram miliknya berkenaan sokongan terhadap tentera Turki di Syria telah selesai. Selepas berlaku perbincangan antara pihak kelab dan pemain berkenaan, Ceck Sahin telah dilepaskan dari sebarang komitmen latihan dan tugasan perlawanan dengan serta merta.”
“Faktor utama kepada keputusan ini adalah disebabkan sikap pemain tersebut yang tidak mengendahkan nilai kelab dan kami juga bertanggungjawab untuk melindungi beliau.
“Isu peperangan sewajarnya tidak direspon atau dibincangkan secara terbuka. Kami tidak dapat bertolak ansur dengan sebarang tindak-tanduk yang menjurus ke arah itu kerana ianya ternyata bertentangan dengan nilai kelab.
“Kontrak sedia ada beliau dengan kelab masih sah dan tidak terbatal. Untuk kepentingan semua pihak, FC St. Pauli memberi kebenaran kepada Cenk Sahin untuk berlatih dan bermain (perlawanan tidak rasmi) bersama kelab lain.”
Tindakan St. Pauli tersebut telah mendapat kecaman banyak pihak yang mendakwa mereka tidak meraikan hak kebebasan bersuara seperti yang dicanang selama ini di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
I guess #Germany no longer needs Article 5 of the Basic Law after shameful #CenkSahin decision pic.twitter.com/FT0Fyi3AXx
— Ferhat Alkan (@ferhatalkana) October 14, 2019
Mungkin tidak mahu dilihat zalim dalam hal ini, St. Pauli menggunakan istilah ‘dilepaskan’ berbanding mengambil tindakan memecat atau menamatkan kontrak pemain berkenaan.
Sahin dilaporkan telah pulang ke negara asalnya untuk berlatih bersama bekas kelab beliau, Basaksehir. Presiden kelab Turki itu, Goksel Gumusdag berkata, beliau sangat mengalu-alukan kehadiran Sahin.
“Ini adalah ‘rumah’ beliau. Selepas selesai segala prosedur yang diperlukan, beliau boleh berlatih bersama pasukan ini pada bila-bila masa.”
Sahin sebelum ini bermain untuk Basaksehir selama enam tahun sebelum berpindah ke St. Pauli pada 2016. Gumusdag menjelaskan kelab Turki itu mungkin akan menandatangani semula pemain tersebut yang telah mewakili pasukan negaranya untuk setiap peringkat umur dari B-16 sehinggalah B-21.
So FC St. Pauli have sacked Cenk Sahin over a tweet … the same club backed a player (all wore shirts with his surname) who supports a group which has been designated as a Terrorist group by the EU.
… interesting 🙄 pic.twitter.com/u5DfSFtrhT
— Eren Sarigul (@_ErenSarigul) October 14, 2019
“Pintu sentiasa terbuka sekiranya dia mahu sertai semula kelab ini secara rasmi pada Januari nanti. Dia adalah pemain yang profesional dan berbakat.
“Saya juga berbangga dengan keberaniannya, bukan hanya disebabkan dia bekas pemain di ini, tetapi kerana dia adalah pemain bola sepak Turki yang sejati.”
Sahin pula tidak segan untuk mengakui hubungan rapatnya dengan presiden kelab tersebut dan terharu dengan peluang yang diberikan kepadanya.
🇹🇷 #ComeBackHome #EnverCenkŞahin pic.twitter.com/BAIqlX1DK5
— RAMS Başakşehir (@ibfk2014) October 14, 2019
“Saya sangat gembira. Saya benar-benar terharu selepas beliau [Gumusdag] terus menghubungi saya dan memberikan sokongan di saat-saat sukar.
“Semasa saya bermain di sini, hubungan kami ibarat seperti anak beranak. Beliau tidak pernah gagal memberikan sokongan kepada pemain-pemain muda. Sebab itulah saya begitu gembira berada di sini.”