Simeone Zaza, Jorginho dan Alessandro Florenzi antara nama-nama yang dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan Itali untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Sweden.
Kali terakhir Zaza mewakili Itali adalah pada kejohanan Euro 2016 ataupun lebih tepat ketika perlawanan suku akhir menentang Jerman. Di mana Zaza melakukan penalti yang agak kelakar dan tidak masuk.
Zaza kemudian bergelut dengan prestasi beliau. Zaza dipinjamkan ke West Ham namun gagal mendapatkan kontrak tetap di sana. Musim ini beliau menyertai Valencia dan sudah menjaringkan 9 gol setakat ini.
Valencia kini menduduki tangga ke-2 dalam La Liga. Zaza antara pemain cemerlang yang membantu Valencia untuk mendapatkan prestasi terbaik ini.
Beliau akhirnya dipanggil semula oleh Itali yang kini diuruskan oleh Gian Piero Ventura. Berikut adalah senarai penuh skuad Itali untuk tugasan antarabangsa kali ini.
Gianluigi Buffon (Juventus), Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Mattia Perin (Genoa); Davide Astori (Fiorentina), Andrea Barzagli (Juventus), Leonardo Bonucci (AC Milan), Giorgio Chiellini (Juventus), Danilo D’Ambrosio (Inter), Matteo Darmian (Manchester United), Daniele Rugani (Juventus), Leonardo Spinazzola (Atalanta), Davide Zappacosta (Chelsea); Fernando Bernadeschi (Juventus), Antonio Candreva (Inter), Daniele de Rossi (Roma), Stephan El Shaarawy (Roma), Alessandro Florenzi (Roma), Roberto Gagliardini (Inter), Lorenzo Insigne (Napoli), Jorginho (Napoli), Marco Parolo (Lazio), Marco Verratti (Paris Saint-Germain); Andrea Belotti (Torino), Eder (Inter), Manolo Gabbiadini (Southampton), Ciro Immobile (Lazio), Simone Zaza (Valencia).