Dani Alves: ‘Perpindahan Ke Juventus Memudaratkan Saya’

Bek kanan Paris Saint-Germain, Dani Alves menyatakan yang beliau menyesal berpindah ke Juventus sebelum ini kerana ianya agak memudaratkan kehidupan beliau. Alves menjulang kejuaraan Serie A ketika di sana.

Namun beliau terus menukar kelab pada musim berikutnya dengan menyertai PSG. Alves yang sudah bersetuju menyertai Guardiola di Manchester City telah menukar keputusan di saat-saat akhir untuk ke PSG. Alves berkata:

“Saya menyertai PSG kerana beberapa sebab. Saya ada ramai kawan di sini dan teman hidup saya juga tinggal di sini dan dia sukakan bandar ini.”

“Paling penting, kelab ini ada cita-cita yang sangat besar dan menjadi semakin besar.”

“Sudah pastinya saya tertarik untuk berkerjasama dengan Pep Guardiola sekali lagi. Saya sudah terpukau dengan keputusan itu dan mengendahkan pilihan yang lain.”

Alves mengakui beliau melakukan kesilapan ketika memilih untuk mneyertai Juventus sebelum ini.

“Saya tidak mahu mengulangi kesilapan. Ketika saya mengambil keputusan menyertai Juventus, saya tidak melihat-lihat pilihan lain di sekeliling saya.”

“Bukan mudah untuk mendapatkan penerbangan dari Turin untuk berjumpa dengan anak saya di Barcelona. Teman wanita saya juga sukar mencari kerja di Turin.”

“Banyak perkara yang saya fikirkan dan inilah sebab kenapa saya ke PSG. Guardiola masih menjadi sebab utama saya mahu keluar dari Juventus kerana saya mahu bermain untuk Manchester City.”

“Akhirnya, ada peluang untuk menyertai pasukan seperti PSG, dan saya ada kawan baik di sini. Paris bandar yang hebat dan kelab ini ada potensi yang besar.”

“Saya tahu, saya boleh menambahkan lebih banyak benda positif kepada kelab ini selain daripada bola sepak. Hati saya lebih membawa saya ke Paris berbanding dengan Manchester. Tetapi saya masih mengagumi Pep Guardiola dan tetap berharap akan bermain di EPL suatu hari nanti. “

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN