Seorang peminat Bayern Munich telah berjaya mencuri perhatian para pihak kelab di media sosial tempoh hari.
Jim Entwistle merupakan peminat setia Bayern Munich dari England telah menulis di laman Twitter beliau mengenai cawan Bayern Munich yang kini sudah berusia 21 tahun.
Semuanya bermula pada 1996, apabila beliau menerima cawan Bayern Munich dari pakciknya selepas pasukan Jerman tersebut menewaskan pasukan sokongan Jim iaitu Nottingham Forest dalam saingan UEFA Cup.
Namun begitu, sejak dari itu cinta beliau terhadap Bayern Munich mula berputik.
“Saya ada banyak cawan dalam koleksi saya yang datang dan pergi, namun cawan Bayern Munich ini tetap setia di sisi.”
“Cawan ini telah ikut saya ke mana saja, ketika saya di universiti dan juga ketika saya kerja.”
Jim pada mulanya menulis di Twitter mengenai persaraan cawannya itu selepas 21 tahun, namun tweet tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Bayern Munich.
Mereka terus menawarkan cawan yang baharu buat Jim dengan syarat Jim memberikan alamat kepada mereka.
“Selepas saya tweet mengenai cawan saya, ramai penyokong Bayern Munich menghubungi saya untuk mendapatkan cawan tersebut. Mereka ingin jadikan koleksi mereka.”
Jim telah pun menerima cawan baharu dari pihak Bayern Munich dengan tertera nota yang cukup indah dari pihak kelab:
“Kepada Jim, kami sangat berbesar hati untuk menghadiahkan anda dengan cawan Bayern Munich yang baharu bagi menggantikan cawan anda yang sudah bersara.”
“Diharap cawan ini dapat memberikan kegembiraan kepada anak anda seperti mana anda peroleh dari cawan yang lama.”
“Kami bangga untuk mempunyai penyokong yang setia seperti anda.”
“Salam dari Sabener Street, pasukan media sosial Bayern Munich anda.”
Jim dikatakan mahu memberikan cawan tersebut kepada anaknya, dengan harapan anaknya tidak menjadi penyokong Nottingham Forest seperti dirinya.
Sumber:
- BBC News (2017): Bayern Munich replace English fan’s 21 year-old mug; http://www.bbc.com/news/uk-40348557