Cavani: “Modric Tak Layak Menang Ballon d’Or”

Luka Modric

Penyerang sensasi PSG dan juga Uruguay – Edinson Cavani – memberikan pandangan beliau tentang siapa selayaknya menang Ballon d’Or pada kali ini.

Beliau memberitahu agak sukar untuk membuat pilihan namun yang pasti beliau merasakan Luka Modric tidak layak menang. Luka Modric diletakkan sebagai calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or selepas anugerah itu didominasi sama ada Cristiano Ronaldo ataupun Lionel Messi sejak 2007.

Luka Modric membantu Real Madrid menjuarai UCL musim lalu yang merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut dimenangi Real Madrid. Selepas itu, Luka Modric mengetuai Croatia ke pentas final Piala Dunia 2018, namun mereka tewas 4-2 di tangan Perancis.

Luka Modric dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2018. Sementara itu Kylian Mbappe dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018.

Dalam Anugerah FIFA Best 2018, Luka Modric memecahkan duopoli Messi-Ronaldo untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2018.

Bercakap kepada BeIn Sports, Edinson Cavani merasakan pemenang pada kali ini selayaknya dimenangi oleh pemain Perancis dan bukannya Luka Modric.

Beliau percaya pemain seperti Raphael Varane, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe lebih layak menang daripada Luka Modric.

“Varane calon yang baik untuk menerimanya, begitu juga Griezmann, Mbappe. Saya rasa pemain Perancis harus memenangi Ballon d’Or kali ini.”

“Memang ada pemain selain daripada pemain Perancis yang layak namun begitu mereka [Perancis] menang Piala Dunia.”

“Modric menikmati musim yang hebat pada musim lalu, tetapi rakan sepasukannya, Varane memenangi UCL dan Piala Dunia. Modric sampai ke final [Piala Dunia] dan menikmati kempen yang sangat baik. Tetapi bagi saya, Varane lebih layak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN