Edinson Cavani dilaporkan tidak mahu berkumpul di zon perhimpunan pemain selepas tamat perlawanan menentang Lyon.
Kebiasaannya, para pemain akan berkumpul di satu zon sebelum mereka bersurai balik ke rumah. 20 minit selepas perlawanan di antara PSG dan Lyon tamat, Cavani dan pemain lain sudah membersihkan diri mereka.
Pemain lain pergi berhimpun di zon perhimpunan pemain seperti biasa, untuk mendengar taklimat jurulatih ataupun pegawai jika ada. Sebaliknya Cavani mengelak sesi itu dan terus ke parkir kereta untuk balik.
Beberapa media di Perancis membuat spekulasi bahawa pemain itu mungkin bengan selepas 2 insiden dengan rakan sepasukan di dalam padang.
https://twitter.com/xbarretfoot/status/909528448615550979
Pertama adalah ketika Neymar mahu mengambil sepakan penalti dan Cavani enggan menyerahkannya. Cavani antara penendang penalti terbaik di Eropah beberapa musim kebelakangan ini.
Beliau menjadi penendang penalti yang utama di PSG musim lalu. Unai Emery tidak menyatakan siapakah petugas utama untuk penalti mereka. Sebaliknya Emery meminta Neymar dan Cavani menyelesaikannya sesama mereka sendiri.
Insiden kedua pula, Daniel Alves terus mengambil bola dan melinduingi bola itu daripada diambil Cavani dan menyerahkan bola itu kepada Neymar.
Cavani kelihatan sangat kecewa dengan sikap Alves kerana pemain itu yang menentukan siapa yang patut mengambil sepaka percuma tersebut. PSG menang 2-0 di dalam perlawanan ini. 2 gol adalah daripada jaringan sendiri pemain lawan.
Buat masa ini tiada penjelasan lagi tentang kenapa Cavani mengelakkan sesi perhimpunan pasukan tersebut. Kita berharap yang baik-baik sahaja. Mereka profesional dan berada di dalam satu pasukan.
PSG musim ini dikatakan telah mewujudkan trio terbaik di dunia dengan Neymar-Cavani-Mbappe. Di kerusi simpanan mereka masih ada Di Maria, Draxler, Moura dan Pastore.