Inilah 24 Perlawanan Yang Bakal Dembele Terlepas Kerana Cedera 4 Bulan

Ousmane Dembele merupakan pemain termahal dalam sejarah Barcelona.

Walaupun memperoleh reputasi itu, beliau memulakan karier Barcelona beliau dengan kecederaan – dan ianya serius.

Kecederaan yang berlaku di bahagian hamstring itu turut menyaksikan pemain kebangsaan Perancis tersisih dari aksi bersama-sama pasukan La Liga itu selama 4 bulan!

Sepanjang tempoh 4 bulan itu, Dembele bakal terlepas sebanyak 24 perlawanan untuk aksi domestik dan juga saingan Eropah.

Terlepas perlawanan besar

4 bulan merupakan satu tempoh yang cukup panjang dalam bola sepak.

Dalam tempoh 4 bulan juga, Dembele bakal terlepas pelbagai aksi perlawanan-perlawanan utama di peringkat domestik serta Eropah.

Perlawanan utama yang pertama Dembele akan terlepas adalah aksi menentang Atletico Madrid dalam aksi La Liga.

Selain itu juga, Dembele turut akan terlepas perlawanan melibatkan Barcelona menentang Sevilla yang dilangsungkan di Nou Camp.

Malah, Dembele juga akan terlepas peluang untuk menikmati aksi El Clasico pertama beliau menentang Real Madrid yang akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu.

Di peringkat Eropah, Dembele bakal terlepas aksi menentang pasukan seperti Sporting Lisbon dan juga Juventus.

Dembele bakal terlepas aksi-aksi seperti menentang Real Madrid, Juventus dan juga Atletico Madrid

Untuk saingan piala nasional, Dembele juga akan terlepas beberapa pusingan awal untuk Barcelona.

Dembele akan terlepas aksi-aksi untuk perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir serta perlawanan peringkat suku akhir bagi aksi Copa Del Rey.

Berikut merupakan senarai 24 perlawanan mengikut turutan yang bakal dilepaskan Dembele kerana kecederaan:

  • BARCELONA vs Eibar (La Liga)
  • Girona vs BARCELONA (La Liga)
  • Sporting Lisbon vs BARCELONA (UEFA Champions League)
  • BARCELONA vs Las Palmas (La Liga)
  • Atletico Madrid vs BARCELONA (La Liga)
  • Olympiacos vs BARCELONA (UEFA Champions League)
  • BARCELONA vs Malaga (La Liga)
  • Perlawanan 1 pusingan 16 pasukan terakhir Copa Del Rey
  • Athletic Bilbao vs BARCELONA (La Liga)
  • BARCELONA vs Olympiacos (UEFA Champions League)
  • BARCELONA vs Sevilla (La Liga)
  • Leganes vs BARCELONA (La Liga)
  • Juventus vs BARCELONA (UEFA Champions League)
  • Valencia vs BARCELONA (La Liga)
  • Perlawanan 2 pusingan 16 pasukan terakhir Copa Del Rey
  • BARCELONA vs Celta Vigo (La Liga)
  • BARCELONA vs Sporting Lisbon (UEFA Champions League)
  • Villareal vs BARCELONA (La Liga)
  • BARCELONA vs Deportivo La Carona (La Liga)
  • Real Madrid vs BARCELONA (La Liga)
  • Perlawanan 1 suku akhir Copa Del Rey
  • BARCELONA vs Levante (La Liga)
  • Perlawanan 2 suku akhir Copa Del Rey
  • Real Sociedad vs BARCELONA (La Liga)

Hilang sebelum garang

Kecederaan yang menimpa Dembele ini nyata merupakan satu perkara yang membantutkan karier Dembele dan juga langkah mara Barcelona untuk meneruskan kehidupan mereka pasca Neymar.

Bagi Dembele, kecederaan yang dialami beliau telah merencatkan pembangunan beliau sebagai pemain serta telah membunuh kegarangan atau keterujaan beliau untuk beraksi untuk Barcelona.

Seperti yang dinyatakan beliau ketika pertama kali tiba di Barcelona, beliau amat teruja untuk beraksi untuk kelab Barcelona yang menjadi idamannya sejak dahulu lagi.

Kecederaan yang dialami beliau ini memberikan 2 kemungkinan kepada diri Dembele. Pertama, sama ada beliau akan bangkit lebih garang selepas pulih dari kecederaan serius ini.

Kedua, jika beliau tidak dapat bangkit dari segi mental kemungkinan Dembele bakal terperangkap dengan bayang-bayang kecederaan ini walaupun sudah sembuh. Hasilnya, prestasi beliau akan merudum dan menjadi flop kepada perpindahan Barcelona.

Bagi Barcelona sendiri, inilah masa terbaik untuk memberikan peluang kepada pemain lain untuk beraksi dan mencuri tumpuan.

Gerard Deulofeu misalnya merupakan pemain yang boleh diberikan peluang.

Beliau mungkin tidak sehebat Neymar atau sebagus Dembele, namun jika diberikan peluang yang cukup beliau mampu menjadi 75%-80% pemain seperti Neymar atau Dembele.

Di akhirnya, ia terpulang kepada Barcelona untuk mengatasi situasi ini.

Sumber:

  1. Reddit (2017): The games Dembélé will miss. The top part are the games he will miss if he’s out for 3.5 months. The bottom is if he’s out 4 months; https://www.reddit.com/r/soccer/comments/70vm1p/the_games_demb%C3%A9l%C3%A9_will_miss_the_top_part_are_the/
  2. BBC Sport (2017): Ousmane Dembele: Barcelona forward faces four month injury lay-off; http://www.bbc.com/sport/football/41297885

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN