Cassio Fransisco De Jesus Perkuatkan Benteng Pertahanan Kelantan

Skuad The Red Warrios berjaya mengikat bekas pemain kelab Liga Indonesia, Semen Padang bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan itu untuk saingan Liga Super musim depan.

Pemain import baharu Kelantan, Cassio Fransisco De Jesus, sebenarnya mengetahui pasukan Kelantan dibelenggu pelbagai masalah pada musim lalu, pertahanan yang berusia 28 tahun itu menganggap ia perkara biasa dalam dunia bola sepak.

“Saya ada mengikuti perkembangan Kelantan sejak bermain bersama bekas pasukan, Semen Padang di Indonesia… ia tidak menjadi masalah buat saya kerana dalam bola sepak ada turun naiknya.

“Apa yang saya suka di Kelantan, ia sebuah pasukan bagus serta mengamalkan corak permainan pantas,” katanya kepada Berita harian.

Beliau juga menyifatkan setiap pasukan yang beraksi di Malaysia mengamalkan corak permainan pantas selain taktikal.

“Ini kali pertama saya beraksi di Malaysia, saya lihat pasukan di negara ini ada perbezaan berbanding pasukan di Indonesia. Mungkin di sini tahap permainannya lebih tinggi,” katanya.

Cassio yang fasih berbahasa Indonesia menyuarakan keyakinan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan penyokong pasukan bahawa dia tekad mahu mengembalikan kejuaraan kepada pasukan itu musim depan.

Casio beraksi untuk pasukan Semen Padang dalam saingan Liga Indonesia musim ini.

“Apa yang saya mahu tahun depan adalah gelaran juara kerana kalau kamu seorang pemain bola sepak, harus fikir seperti ini kerana ia menjadi harapan kepada pengurusan pasukan dan penyokong.

“Saya tidak takut berada di Kelantan malah saya perlu menjadi lebih kreatif berdepan cabaran baharu musim depan.

“Bola sepak adalah kerja saya untuk membantu menyara keluarga… sudah pastinya saya akan bermain dengan bagus bersama Kelantan,” katanya.

Cassio dilaporkan sudah menandatangani kontrak dua tahun bersama KAFA bagi mewakili The Red Warriors (TRW).

Pemain dengan ketinggian 188 sentimeter itu menjadi pemain import ketiga TRW bagi musim baharu selepas mendapatkan khidmat pemain Korea Selatan, Do Dong Hyun dan import asal pasukan, Morgaro Gomis.

Sementara itu, KAFA dilaporkan mahu mendapatkan dua lagi awang import bagi mencukupkan kuota selari dengan penetapan pengendali liga tempatan, Perkongsian Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP). – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN