2 Syarikat Gergasi Dari Malaysia Dan Jepun Bakal Taja Pasukan Kelantan

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan mendedahkan 2 syarikat gergasi Jepun, Yakult dan Rohm Wako juga telah menyatakan persetujuan untuk meneruskan tajaan bagi musim 2018.

Akhbar tempatan turut melaporkan KAFA sedang berunding dengan kedua-dua pihak itu untuk dibawa masuk bagi mengisi kantung kewangan pasukan The Red Warrios.

Bibi turut memberi bayangan dua syarikat gergasi dari Malaysia bakal dibawa masuk untuk menjadi penaja utama Kelantan bagi musim hadapan.

“Kita sedang berunding dan hampir mencapai kesepakatan bersama dua syarikat gergasi dalam bidang automotif dan kewangan. Insya-Allah bila tiba masanya kita akan umumkan semula.”

Mengulas mengenai tajaan dari dua syarikat Jepun, Bibi berkata pihaknya sedang berunding dan hampir mencapai 80 peratus persetujuan.

“Bagi tajaan Yakult dan Rohm-Wako rundingannya sudah mencapai 80 peratus dan pihak mereka meminta tarikh sehingga 10 Disember ini untuk memuktamadkan perjanjian tajaan mereka kepada kita,” katanya.

“Kita akan memuktamadkan jumlah tajaan dan perkara itu dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada wartawan berita harian.

Setakat ini KAFA sudah menerima tajaan sebanyak RM2 juta daripada syarikat tempatan serta rakan kongsi yang dimeterai perjanjiannya semalam.

Pengurus Besar Al-Quds Travel & Umrah, Iskandar Hassan mementeraikan perjanjian penajaan dengan KAFA (Gambar kredit : TRW FC)

Namun begitu, mereka masih memerlukan peruntukan tajaan sekurang-kurangnya RM10 juta bagi memperkasakan pasukan gergasi pantai timur itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Bibi berkata setakat ini badan induk itu sudah menerima tajaan berbentuk kewangan, jersi serta logistik yang menjadi perkara asas untuk setiap pasukan yang bertanding.

Difahamkan tajaan berkenaan membabitkan syarikat perlancongan, Al-Quds Umrah & Travel; syarikat pakaian sukan, Al-Ikhsan serta rakan kongsi antaranya Excel Printing, Exa Supply & Services, Klinik Mesra dan Pakaq Gom Gym.

“Setakat ini tajaan diperoleh membabitkan perkara yang membantu pasukan seperti penajaan pakaian pasukan, logistik serta penginapan.

“Tajaan ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan KAFA dalam menempuhi saingan liga pada musim depan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani tajaan bersama beberapa syarikat serta rakan kongsi di Hotel Jewel, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Al-Quds Travel & Umrah, Iskandar Hassan dan Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN