Casemiro Dedah Mengapa Beliau Memakai Jersi Dengan Ejaan Namanya Yang Salah

Bintang Manchester United, Casemiro mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia selepas mendedahkan yang beliau sebenarnya memakai jersi dengan ejaan namanya yang salah hampir keselurhan kariernya.

Ya, Casemiro sebenarnya bukanlah nama sebenar bintang Brazil itu dan nama tersebut wujud kerana ada kesilapan ejaan pada nama sebenarnya beliau ketika awal kariernya dahulu.

Bekas bintang Real Madrid itu ketika ini sudah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai antara pemain terpenting dalam skuad Man United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Casemiro menyertai Manchester United dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu, dengan ramai peminat yang menganggap Red Devils telah membuat kesilapan besar kerana membawa bintang Brazil itu ke Old Trafford.

Walau bagaimanapun, selepas melihat sumbangan pemain midfield itu, jelas sekali semua pihak bersetuju yang pembelian Casemiro sebenarnya satu hal yang sangat menguntungkan Man United.

Casemiro diharapkan bakal mampu berkongsi pengalaman beliau sebagai pemain yang telah memenangi pelbagai kejuaraan kepada pemain-pemain muda Man United.

Namun begitu, pemenang lima kali gelaran Champions League itu bukan hanya berkongsi pengalaman, dengan beliau juga sebenarnya telah memberikan impak yang sungguh dahsyat untuk kelab.

Jelas sekali semua peminat tahu tentang kemampuan bintang berusia 30 tahun itu, namun sebenarnya ada satu hal yang mungkin ramai tidak tahu tentang Casemiro.

Peminat mungkin tidak tahu yang nama sebenar beliau bukanlah Casemiro walau itulah nama yang sentiasa ada pada jersi pemain midfield itu sepanjang kariernya.

Nama sebenar Casemiro adalah Carlos Henrique Casimiro namun bekas kelabnya, Sao Paulo tersilap mengeja nama beliau ketika awal kariernya dahulu.

Sao Paulo tidak mencetak nama Casimiro pada jersinya, sebaliknya mereka mencetak nama Casemiro pada jersi pemain midfield itu dan ia kekal hingga ke hari ini.

Bercakap kepada Football Fokus, Casemiro mendedahkan bahawa:

“Saya masih ingat saya bermain bersama Sao Paulo dan mereka mengeja nama saya dengan salah.”

“Mereka tulis dengan huruf ‘E’. Saya bermain dengan baik dalam perlawanan itu dan saya sebagai seorang yang percaya hal-hal karut, saya kata kepada mereka, ‘Biarkan terus seperti itu, sebab semuanya berjalan dengan sangat baik.’

Casemiro meninggalkan Sao Paulo untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2013 yang lalu namun beliau sempat beraksi bersama Porto sebagai pemain pinjaman pada tahun 2014.

Ketika beliau kembali ke Santiago Bernabeu pada tahun 2015, Casemiro dengan segera menjadi antara pemain terpenting dalam skuad Real Madrid.

Walau sempat beraksi bersama beberapa pengurus, namun Casemiro tetap sentiasa menjadi pilihan utama di bahagian tengah skuad Real Madrid.

Beliau memutuskan untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini, dalam usahanya untuk mengejar cita-cita beraksi di pentas saingan Premier League bersama Man United.

Casemiro telah dilayangkan dengan layangan kad merah ketika beraksi bertemu Crystal Palace malam semalam, selepas beliau didapati mencekik leher Will Hughes.

Casemiro sebenarnya baru sahaja selesai jalani hukuman penggantungan satu perlawanan selepas beliau mengutip banyak kad kuning sepanjang musim ini.

Bekas bintang Real Madrid itu kerap diturunkan oleh Erik ten Hag sepanjang musim ini, dan kerana itulah pengurus United itu telah ditanya adakah beliau tidak bimbang andai pemain midfield itu akan menderita kecederaan andai terlalu kerap bermain.

“Dia sangat penting, tapi di pentas bola sepak tertinggi tentu saja ada risiko dan kita semua tahu tentang itu.”

Jelas Ten Hag menjawab persoalan tentang kebimbangan beliau andai Casemiro menderita kecederaan.

“Kita semua tahu pemain boleh menderita kecederaan dan hal itu memang tak boleh dielakkan. Tentu saja, jika kamu mahu berjaya dalam satu musim itu, kamu tentu mahu pemain utama kamu untuk sentiasa ada dan itulah kebenarannya.”

“Saya rasa memang tak mungkin untuk ada dua Casemiro atau dua Christian Eriksen. Saya fikir dari segi itu kita boleh pergi lebih dalam lagi tapi saya juga rasa kita dah kata yang musim ini kita mahu bangunkan United cuma ia perlukan masa.”

“Ia akan memerlukan masa untuk kita kembali kepada sebuah pasukan yang bersaing untuk segala-galanya dan menang Piala paling besar di dunia.”

Manchester United kini kehilangan Donny van de Beek, Christian Eriksen dan Scott McTominay yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Namun begitu mereka sebenarnya sudah ada pemain pengganti selepas mereka menandatangani Marcel Sabitzer dari Bayern Munich menerusi perjanjian pinjaman selama satu musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN