Casagrande Kekal ‘Haria’ Bersama Harimau Kumbang, Buru Promosi Ke Liga Super

casagrande-pdrm-v-pulau-pinang-malaysia-premier-league

Penyerang pinjaman pada musim lalu, Casagrande kini sah kekal di Pulau Pinang untuk saingan musim 2020. Perkara tersebut telah diumumkan menerusi laman sosial rasmi pasukan, semalam.

Ini merupakan pemain import kedua yang disahkan akan bersama Pulau Pinang selepas pemain tengah, Lee Chang-hoon diumumkan pada 4 Disember lalu. Pulau Pinang masih menguji beberapa lagi pemain import dan mungkin akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Meninggalkan impak yang besar kepada skuad Pulau Mutiara sejak berhijrah di jendela perpindahan kedua daripada Melaka United, sentuhan Casagrande jelas masih amat diperlukan oleh mereka.

Secara keseluruhannya, sembilan gol telah dijaringkannya untuk membantu kebangkitan luar biasa Pulau Pinang di pusingan kedua Liga Premier, daripada kedudukan ke-10 ke kedudukan ketiga pada penghujung musim –  meraih promosi ke Liga Super.

Lonjakkan mengejut tersebut bagaimanapun terganggu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memotong enam mata akibat masalah pembayaran gaji pemain pada musim sebelumnya dan menyebabkan Pulau Pinang menjunam ke kedudukan ke-7.

Berketinggian 1.9 meter, Casagrande memiliki tandukkan yang baik dengan majoriti gol yang dihasilkannya adalah melalui tandukkan. Selain itu, kombinasi serasinya bersama dua lagi import, Julian Bottaro dan Aguero, sememangnya menggerunkan lawan.

Walaubagaimanapun, Harimau Kumbang seakan-akan memberikan bayangan akan hanya mengekalkan penyerang kelahiran Brazil ini untuk posisi serangan apabila kenyataan di posting tersebut yang menyebut, ‘siapa akan menjadi gandingan baharunya?’.

Setakat ini, tiada kelibat Julian Bottaro dan Aguero di sesi latihan Pulau Pinang dan berkemungkinan besar, pengendali, Manzoor Azwira bakal menggunakan gandingan baharu untuk memburu jaringan dan juga promosi ke saingan Liga Super 2021.

Ia satu kehilangan besar buat mereka apabila terpaksa menagih sentuhan gandingan baharu dan adakah pemain baharu yang dibawa masuk nanti setara ataupun lebih baik berbanding dua pemain import itu, yang pastinya menjadi persoalan penyokong.

Pulau Pinang dijangkakan memerlukan enam lagi pemain sebelum melengkapkan senarai 30 pemain untuk musim 2020 dan daripada enam slot itu, tiga daripadanya boleh diisi oleh pemain import.

Kredit Foto: FA Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN