Carragher Kritik Liverpool Paksa Staf Ambil Cuti Bertugas

Jamier Carragher mengkritik Liverpool kerana memaksa staf mereka mengambil cuti bertugas buat sementara waktu berikutan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kelab berikutan penangguhan liga kerana wabak COVID-19.

Apabila Liverpool mengarahkan staf mereka mengambil cuti bertugas buat sementara waktu (furlough), kerajaan United Kingdom (UK) akan membayar 80% gaji staf Liverpool tersebut. Skim furlough yang disediakan oleh kerajaan UK dibiayai oleh duit cukai rakyat.

Liverpool mengumumkan gaji staf yang terkesan akan dibayar 100% – bermakna pendahulu Premier League itu akan membayar baki 20% gaji mereka.

Langkah yang diambil oleh Liverpool ini mendapat kritikan bukan sahaja oleh Carragher, malah oleh bekas pemainnya yang lain seperti Stan Collymore dan majoriti peminat bola sepak di UK.

Mereka mempersoalkan mengapa kelab mereka masih mengharapkan duit cukai rakyat untuk membayar 80% gaji staf kelab yang dipaksa cuti bertugas?

Wartawan Goal.com Charles Watts menulis di Twitter:

“Dua finalis Champions League pada musim lepas – yang merekodkan keseluruhan keuntungan sebanyak £129 juta pada musim 2018/2019 – sekarang guna duit kerajaan untuk bayar 80% gaji staf hanya selepas empat minggu liga ditangguhkan.”

Tulisan Watts di Twitter ini telah mendapat lebih 6,000 ulang ciapan dan hampir 20,000 sukaan.

Seorang peminat di UK memberitahu sistem furlough kerajaan sepatutnya tidak boleh dimanfaatkan oleh kelab-kelab Premier League yang dinaungi oleh jutawan mega.

“Sistem furlough wujud untuk membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana seperti restoran yang diurus oleh keluarga, bukannya syarikat besar yang dipunyai oleh jutawan mega. Jika pemilik syarikat anda tak mampu membayar gaji staf, dia tak sepatutnya beli kelab bola sepak.

“Kami berhak untuk kritik kelab-kelab sebegini kerana duit yang mereka guna untuk bayar gaji staf mereka datangnya dari duit cukai kami. Setiap pounds yang mereka ambil bermakna mereka ambil dari peniaga kecil dan rakyat biasa untuk hidup.”

Tottenham Hotspur, Newcastle, Bournemouth dan Norwich adalah antara kelab Premier League lain yang memaksa staf mereka mengambil cuti bertugas supaya 80% gaji mereka dapat dibayar oleh kerajaan melalui sistem furlough.

Kenyataan rasmi Liverpool di laman sesawang mereka berbunyi:

“Sebelum keputusan memberi cuti bertugas kepada staf dibuat lagi, pengurusan kelab di atas dan di luar padang telah memberi komitmen untuk mengekalkan pekerjaan staf kelab pada waktu krisis ini.

“Topik pemotongan gaji sememangnya sedang dibincangkan oleh kelab ketika waktu perlawanan tidak dilangsungkan sekarang. Perbincangannya kompleks dan masih berjalan.”

Keputusan Liverpool ini dikriktik oleh Carragher yang menulis di Twitter:

“Jurgen Klopp menunjukkan rasa simpati beliau semasa peringkat awal pandemik ini, pemain senior pula setuju potong gaji. Kemudian semua rasa hormat dari perkara baik ini hilang [kerana keputusan ini], LFC.”

Stan Collymore pula menulis:

“Saya tak tahu penyokong Liverpool mana yang akan takkan rasa jijik dengan tindakan kelab mereka sendiri yang memaksa staf ambil cuti bertugas. Tindakan ini jelas salah.

“Sistem furlough adalah untuk staf bisnes kecil untuk mengelak tempat kerja mereka jadi bankrap!

“Setiap pemilik kelab Premier League ada duit, buat duit daripada nilai kelab yang naik bila main Premier League. Jadi kenapa anda tak minta pemilik kelab anda untuk seluk poket mereka sendiri?”

Pada Februari lepas, Liverpool mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak £42 juta dan peningkatan pendapatan sebanyak £533 juta. Pada tahun lepas, Liverpool juga membayar bayaran kepada ejen pemain mereka sebanyak £43 juta.

‘Rasa disisihkan’

Seorang staf Liverpool yang tidak mahu namanya diketahui, memberitahu BBC Sport:

“Kelab kata kami ahli keluarga mereka. Tapi sekarang ini kami tak rasa kami ini ahli keluarga mereka.

“Kenapa kelab yang memperolehi pendapatan berjuta-juta pounds guna duit kerajaan untuk bayar gaji staf sedangkan ada perniagaan lain yang lebih memerlukannya?

“Saya rasa kecewa sebab Everton sendiri tak buat staf mereka macam ini.”

Baca juga artikel kami mengenai impak wabak COVID-19 kepada Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN