Carragher Kena ‘Troll’ Dengan Neville Kerana Tweet Mengenai Hari Jadi Liverpool

Dalam bola sepak, kita semua tahu yang Sergio Ramos dan Gerard Pique sememangnya gemar usik-mengusik antara satu sama lain.

Namun begitu, 2 bekas pemain bola sepak dan kini merupakan penganalisis Sky Sports iaitu Jamie Carragher dan Gary Neville juga tidak kurang hebatnya usik mereka.

Sering berdebat mengenai taktikal di dalam studio hinggalah usikan mencuit hati di laman sosial menjadikan interaksi antara bekas pemain Liverpool dan Manchester United ini sentiasa menjadi perhatian.

Baru-baru ini, Liverpool menyambut ulang tahun mereka yang ke-125 dan Carragher sebagai antara pemain yang setia menabur bakti buat kelab tersebut tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat buat kelabnya itu.

“Ini sesuatu yang baik.  Oh dan selamat ulang tahun ke-125 tahun buat Liverpool. Tidaklah teruk mana kita ini bukan?”, tweet Carragher di laman Twitternya untuk Liverpool.

Dan Neville muncul memberikan respon yang cukup hebat mengenai tweet yang ditulis Carragher.

“100 tahun pertama cukup baik. Sampailah kami sertai (Liverpool)!”

Respon balas Neville itu sepertinya mengusik Carragher sebagai punca kejatuhan prestasi Liverpool.

Dalam erti kata lain, prestasi Liverpool jauh lebih baik ketika sebelum Carragher menyertai mereka.

Kasar betul gurauan mereka ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN