Eric Williams Sah Disingkirkan Sebagai Jurulatih Melaka United

Tidak sampai semusim, Eric Williams telah pun disingkirkan dari jawatan beliau sebagai jurulatih Melaka United – lapor Harian Metro.

Beliau yang  meletakkan Melaka United dalam zon penyingkiran selepas separuh perjalanan liga berlangsung akhirnya disingkirkan akibat prestasi yang tidak baik pasukan tersebut.

Menurut Datuk Wira Yusoff Mahadi, penamatan kontrak Williams itu telah pun dipersetujui oleh Melaka United dan juga Williams sendiri.

Antara sebab mengapa Williams disingkirkan selepas pengendali itu kehilangan sokongan di bilik persalinan apabila terdapat konflik serta tiadanya keserasian diantara beliau dengan para pemain.

Namun kami belum menamatkan kontrak Williams dengan perbincangan lanjut bakal diadakan.”

Hanya khidmatnya tidak diteruskan berdasarkan keperluan untuk memastikan pasukan berada dalam situasi lebih positif selepas ini.”

Terdahulu, kami ada melaporkan mengenai beberapa nama jurulatih yang dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Williams itu.

K. Devan, Datuk K. Rajagobal dan juga Azraai Khor Abdullah antara calon berpotensi mengisi kekosongan tersebut.

Baca: Yusoff Mahadi “Devan, Azraai Khor Dan Rajagobal Dalam Senarai Pendek Ganti Eric Williams”

Adakah calon tempatan akan mengisi kekosongan itu atau Melaka United bakal memilih jurulatih luar? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN