Carlo Ancelotti Terbang Ke London Untuk Temuduga

Carlo Ancelotti dilaporkan sudah menempah penerbangan ke London untuk membincangkan potensi mengisi kekosongan jawatan di England.

Ancelotti pernah berkhidmat di England dengan mengendalikan pasukan Chelsea.

Ketika ini ada dua pasukan yang dikaitkan dengan Carlo Ancelotti iaitu Arsenal dan juga Everton.

Namun laporan oleh Daily Mail menyebut pengendali itu terbang ke London untuk bertemu dengan pemilik Everton.

Ianya berita yang agak mengejutkan kerana ramai awalnya menganggap Ancelotti berminat untuk ke Arsenal.

Everton menjadikan Carlo Ancelotti sebagai sasaran utama mereka bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Marco Silva.

SOUTHAMPTON, ENGLAND – JANUARY 19: Marco Silva, Manager of Everton looks on during the Premier League match between Southampton FC and Everton FC at St Mary’s Stadium on January 19, 2019 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Jordan Mansfield/Getty Images)

Pengerusi Everton iaitu Bill Kenweight dan pemilik kelab Farhad Moshiri juga berada di London menantikan kedatangan Ancelotti. Mereka dijangka akan melalui satu perbincangan yang panjang.

Everton dikatakan pendahulu persaingan untuk mendapatkan Carlo Ancelotti selepas Arsenal tidak menunjukkan minat langsung ketika ini kepada beliau.

Ancelotti hilang jawatannya di Napoli dan digantikan oleh Gennaro Gatusso.

Arsenal pula dilaporkan lebih berminat dengan Mikel Arteta dan juga Patrick Vieira bagi menggantikan Unai Emery.

Arsenal sudah memberikan bayangan mereka tidak tergesa-gesa dalam perlantikan pengurus tetap kerana yakin Freddie Ljungberg akan mampu menggalas tugasan interim sebaik mungkin sekurang-kurangnya sehingga Januari.

Namun segalanya masih lagi di dalam peringkat awal. Siapa tahu Ancelotti akan berbincang dengan pemilik Arsenal dan menjadi pengurus di Emirates?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN