Pengurus Everton Carlo Ancelotti telah didakwa kerana salah laku oleh The FA selepas pengendali dari Itali itu dilayangkan kad merah selepas pertemuan menentang Manchester United pada hujung minggu lalu.
Bekas pengendali Napoli itu bersemuka dengan pengadil Chris Kavanagh selepas wisel penamat ditiupkan setelah gol minit akhir oleh Dominic Calvert-Lewin dibatalkan kerana offside.
Ancelotti tidak akan digantung perlawanan, tetapi harus membayar denda sebanyak £8,000 jika mengaku kesilapan yang dilakukannya.
Nilai denda tersebut boleh meningkat sehingga £12,000 jika rayuan yang dihantar turut gagal. Hukuman tersebut turut bermakna Ancelotti dibenarkan bersama Everton untuk perlawanan di Stamford Bridge selepas ini.
Pengurus berusia 60 tahun itu bagaimanapun menafikan beliau bersikap sehingga tidak menghormati Kavanagh. Pengadil pada mulanya memberikan jaringan tersebut kepada Everton, sebelum membatalkannya selepas melakukan semakan menggunakan VAR.
Gol tersebut menjadi kontroversi kerana Gyfli Sigurdsson terbaring di hadapan David de Gea, ketika bola terbias masuk ke gawang United.
Ancelotti turut berkata perbualan beliau bersama Kavagnagh dilakukan secara peribadi, dan beliau berbicara dengan tenang kepada pengadil tersebut.
Ancelotti menjadi pengadil pertama dilayangkan kad merah di Liga Perdana Inggeris pada musim ini, setelah ianya diperkenalkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), untuk menghalang perbuatan sedemikian.
Perlawanan Everton menentang Manchester United pada hujung minggu lalu berlangsung dalam suasana amat kompetitif sehinga ke penghujung perlawanan.
Everton terlebih dahulu di hadapan selepas kesilapan David de Gea yang melakukan clearance membuta tuli memberi pendahuluan seawal minit ke-7 untuk The Toffees.
United bagaimanapun membawa balik satu mata selepas Bruno Fernandes berjaya membolosi gawang lawan, sebelu gol minit akhir Calvert-Lewin dibatalkan.