Cara Bagaimana Qatar Bersihkan Imej Agama Dan Bawa Ramai Orang Memeluk Islam

Qatar mungkin gagal memanfaatkan kesempatan mereka sebagai tuan rumah selepas mereka hanya mampu beraksi setakat di peringkat kumpulan sahaja di pentas Piala Dunia tahun ini.

Walau bagaimanapun, sebalik kegagalan mereka di atas padang, ada sebenarnya hal yang berjaya dilakukan oleh Qatar dan mereka sebenarnya memang telah meletakkan usaha yang sangat dasyat untuk menjayakan hal tersebut.

Media barat jelas sekali tak henti-henti menyerang Qatar dan menganggap mereka sebagai tuan rumah yang teruk dan tidak berperikemanusiaan.

Namun untuk mereka yang pergi dan menikmati sendiri pengalaman berada di Qatar, sepertinya segala dakwaan tersebut tidak benar dan jauh dari kenyataannya.

Selepas Qatar sah diumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia edisi 2022, satu hal yang difikirkan oleh pihak kerajaan mereka adalah mereka mahu mengubah pemikiran orang tentang Islam.

Mereka mahu memastikan tiada lagi istilah Islamofobia dan Qatar bertekad mahu mendedahkan segala sisi mulia Islam di seluruh dunia.

Usaha mereka jelas sekali membuahkan hasil selepas mereka berjaya membawa ramai orang memeluk agama Islam.

Bukan hanya seorang dua, namun ratusan dan ada laporan yang menyatakan bahawa ribuan orang telah memeluk agama Islam kerana tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh Qatar.

Apa usaha yang dilakukan oleh Qatar?

1- Potongan ayat suci Al-Quran dan hadits ditulis pada dinding

Memandankan ramai penyokong dari serata dunia berkunjung ke Qatar untuk menyaksikan aksi-aksi di pentas Piala Dunia, maka Qatar memanfaatkan kesempatan tersebut untuk memperkenalkan Islam kepada mereka.

Pihak kerajaan memaparkan potongan-potongan ayat suci Al-Quran dan Hadits pada dinding-dinding serta tembok-tembok di bandar utama.

Jika mereka sebelum ini percaya yang Islam itu agama kejam, mungkin dengan membaca potongan-potongan ayat tersebut, mereka akan lebih faham yang Islam bukanlah seperti itu.

Ayat-ayat yang dipaparkan itu juga sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana indahnya Islam dan Islam juga merupakan agama yang cintakan keamanan.

Ayat-ayat tersebut juga ditulis dengan menggunakan lapan bahasa utama dunia dan jelas sekali sesiapa sahaja yang lalu akan membaca apa yang cuba disampaikan.

Mungkin dengan cara itu juga, jika seseorang itu pernah membaca hadith-hadith palsu atau ayat-ayat Al-Quran yang salah, mereka akan mampu untuk mengetahui kebenaran dari membaca apa yang tertulis pada dinding dan tembok-tembok itu.

2- Beri goodie bag 

Ketika penonton masuk ke stadium, mereka bakal mendapatkan satu goodie bag percuma yang diletakkan pada kerusi tempat duduk mereka.

Di dalam goodie bag tersebut, tuan rumah memberikan beberapa cenderamata dan pamphlet yang menceritakan tentang keindahan serta kebaikkan Islam.

Sementara menunggu perlawanan bermula atau ketika rehat separuh masa, rata-rata peminat memanfaatkan kesempatan tersebut untuk membaca pamphlet tersebut.

Dan memandangkan ia cenderahati dari tuan rumah, jelas sekali para peminat akan menyimpan semua barang-barang tersebut untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Pamphlet tersebut juga turut ditulis dengan menggunakan lapan bahasa utama dunia dan ia diletakkan pada semua kerusi yang ada dalam stadium.

3- Ada aplikasi khas untuk peminat bertanya soal agama

Di setiap pintu-pintu masuk masjid atau hotel, pihak tuan rumah ada meletakkan kod QR untuk pengunjung mendapatkan maklumat tentang Islam.

Apa yang lebih menarik lagi, pihak tuan rumah menyediakan kod dengan menggunakan semua bahasa dan peminat hanya perlu memilih bahasa yang mahu mereka gunakan.

Dengan kod tersebut, pengunjung bukan hanya boleh membaca, dengan mereka juga turut boleh bertanya apa sahaja soalan yang mereka mahu tahu tentang Islam.

4- 2000 pekerja telah dipertanggungjawabkan untuk melayan tetamu

Pihak tuan rumah turut menggaji seramai 2000 pekerja dari kalangan lelaki dan perempuan untuk berada di masjid-masjid bagi melayan tetamu yang datang.

Kesemua mereka boleh bercakap dengan pelbagai bahasa dan jelas sekali ia sangat-sangat memudahkan pengunjung yang datang.

Para pekerja tersebut akan menjawab segala soalan berkait Islam dan akan menerangkan kepada pengunjung tentang keindahan Islam.

Para pengunjung jadi lebih selesa kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa pilihan mereka dan jelas sekali maklumat yang akan mereka terima juga datangnya dari sumber yang boleh dipercayai.

Usaha-usaha dari Qatar sebenarnya membuahkan hasil kerana ramai pengunjung yang memilih untuk memeluk Islam selepas mereka berada di Qatar.

Jika ada antara mereka yang masih belum membuat keputusan, Qatar setidak-tidaknya telah memberikan segala informasi kepada pengunjung dan siapa tahu ia akan sangat berguna untuk mereka satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN