Cameroon Mara Ke Final Piala AFCON 2017, Singkirkan Ghana Di Semifinal

Cameroon mara ke final Piala AFCON 2017 selepas menewaskan Ghana 2-0. Cameroon akan bertemu  Mesir pada final Piaa AFCON 2017, 5 Februari ini.

Perlawanan di antara Cameroon dan Ghana berlangsung sengit. Cameroon menunggu sehingga babak kedua untuk menjaringkan 2 gol.

Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki peluang terbaik untuk mendahului dalam perlawanan ini.

Namun sayangnya, Ghana sangat tumpul di hadapan gol. Ghana nyaris mendahului menerusi Wakaso Mubarak dan Christian Atsu.

Pemain tengah Panathinaikos, Wakaso menguji penjaga gol Cameroon, Fabrice Ondoa menerusi sepakan percuma yang cantik.

Seterusnya pemain sayap Newcastle, Christian Atsu hanya mampu menyaksikan cubaan beliau hanya sedikit tersasar.

Cameroon membuka tirai jaringan menerusi Michael Ngadeu-Ngadjui pada minit ke-72.

Dengan beberapa saat sahaja tinggal Christian Bassogog menamatkan perjuangan Ghana apabila menyempurnakan serangan balas menarik.

 

Ghana kecewa sekali lagi. Kali terakhir pasukan Black Stars ini menjuarai kejohanan Piala AFCON ialah pada tahun 1982.

Bagi pasukan Cameroon pula, ini adalah perhitungan ulangan final dengan Mesir pada 2008. Perlawanan tersebut dimenangi oleh Mesir.

Cameroon mempertahankan cemerlang bertahan walaupun diancam oleh Andre Ayew dan abangnya Jordan Ayew.-

Seterusnya Ghana memasukkan Andrew Ayew, namun mereka masih gagal untuk menjaringkan gol yang dicari.

Kekalahan ini menyaksikan skuad Avram Grant ini akan beraksi di play-off tempat ke-3 bertemu dengan Burkina Faso.

Cameroon memang berhak menang perlawanan ini. Mereka lebih tenang ketika bertahan dan lebih banyak menguasai perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan terdahulu, penjaga gol veteran Mesri, El Hadary memastikan Mesir mara ke final selepas mejadi hero dalam penentuan sepakan penalti.

Tahniah kepada kedua-dua finalis. Pasukan mana agaknya akan menang di final Piala AFCON 2017?

Baca juga: Mesir Ke Final Piala AFCON 2017, Kisah Kebangkitan Selepas Tragedi Port Said

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN