Selepas lebih dari seminggu Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, dan Paul Pogba membantu mengangkat Perancis ke puncak kegemilangan Piala Dunia di Moscow, senarai calon The Best FIFA Football Awards 2018 akan diumumkan.
FIFA dijadualkan mengumkan senarai pencalonan pada Selasa secara berperingkat mulai jam 8 malam waktu Malaysia. Empat kategori yang akan diumumkan itu ialah:
The Best FIFA Women’s Coach (13:00 CET)
The Best FIFA Men’s Coach (14:00 CET)
The Best FIFA Women’s Player (15:00 CET)
The Best FIFA Men’s Player (16:00 CET)
Anugerah ini adalah untuk memberikan pengiktirafan secara individu terhadap pencapaian mereka yang terlibat di dalam sukan bola sepak dari 3 Julai 2017 sehingga 15 Julai 2018 bagi kategori lelaku, dan 7 Ogos 2017 sehingga 24 Mei 2018 bagi kategori wanita.
NOMINEES⚽️?
We will know on Tuesday who is in the running for the 2018 #TheBest FIFA Football Awards
Learn more?https://t.co/OwCpyCKjCH pic.twitter.com/gULdx2a4Ej
— FIFA.com (@FIFAcom) July 24, 2018
Senarai pendek pencalonan telah dipilih oleh sebuah panel yang terdiri dari pakar bola sepak.
Bagi mengikuti perkembangan terkini mengenai senarai rasmi pencalonan untuk setiap kategori, anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang FIFA.com, atau melalui platform media sosial rasmi milik badan induk bola sepak dunia itu yang terdapat di Twitter, Facebook dan juga Instagram.
Pemenang akan diumumkan pada 24 September depan dalam satu majlis rasmi khusus untuk penyampaian anugerah yang akan dilangsungkan di London pada 24 September akan datang.
Dan anda sebagai penyokong dan pencinta bola sepak turut berpeluang untuk melakukan penilaian masing-masing melalui proses undian yang akan dibuka mulai 24 Julai sehingga 10 Ogos 2018.
Siapakah pemain terbaik dunia yang layak untuk menerima anugerah ‘The Best’ ini?