Jurgen Klopp Mahu Penyokong Amerika Syarikat Tidak Terlalu Menekan Christian Pulisic

Apa perkara yang menyebabkan pemain muda gagal mencapai potensi mereka?

Beberapa sebab yang dapat dikenal pasti antaranya kerana duit yang banyak telah diberikan kepada pemain muda dan juga sikap sambil lewa ketika bermain.

Satu lagi sebab yang boleh dijadikan faktor adalah kerana tekanan dan jangkaan terlalu tinggi oleh peminat.

Amerika Syarikat ketika ini cukup menaruh harapan tinggi kepada pemain muda mereka – Chrisitan Pulisic.

Hal ini kerana, pemain tersebut mempunyai potensi tinggi untuk menjadi pemain handalan dunia satu hari nanti.

Walaupun begitu, pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp meminta agar penyokong Amerika Syarikat tidak terlalu menekan pemain itu.

“Jangan letakkan terlalu banyak tekanan kepada beliau. Saya harap Amerika Syarikat akan punya lebih banyak pemain seperti beliau dan berjaya dalam bola sepak.”

“Jika Belgium dan Iceland boleh ke Piala Dunia, apatah lagi Amerika Syarikat? Saya rasa beliau akan jadi pemain yang baik.”

LOS ANGELES, CA – MAY 22: Christian Pulisic #22 of Borussia Dortmund dribbles past Diego Rossi #9 of Los Angeles FC during the first half of an International friendly soccer match at Banc of California Stadium on May 22, 2018 in Los Angeles, California. (Photo by Sean M. Haffey/Getty Images)

Klopp mengakui sudah lama meminati Pulisic dan ada usaha untuk membawa beliau ke Liverpool.

Beliau nyata kagum dengan persembahan pemain muda itu terutamanya selepas menjaringkan 2 gol dalam perlawanan menentang Liverpool tempoh hari.

“Chrisitian Pulisic adalah seorang pemain yang cukup bijak. Malangnya, Amerika Syarikat perlukan lebih ramai pemain seperti beliau.”

“Beliau tidak boleh melakukannya seorang diri.”

CHARLOTTE, NC – JULY 21: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Jurgen Klopp manager of Liverpool during a press conference at the Bank of America Stadium on July 21, 2018 in Charlotte, North Carolina. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Pulisic mempamerkan persembahan cemerlang ketika menentang Liverpool apabila menjaringkan 2 gol serta 1 bantuan gol.

Borussia Dortmund menang 3-1 dalam perlawanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN