Caion Terlalu Licik, Eksploitasi Kelemahan Sistem Bek Bertiga Kedah Yang Belum Bersedia

Caion ranapkan sistem bek bertiga Kedah 2022

Kekalahan pertama Kedah Darul Aman FC ke atas Selangor FC pada minggu ke-4 menyaksikan kelemahan sistem bek bertiga Kedah yang berjaya dieksploitasi penyerang sensasi lawan, Caion dengan dua jaringan.

Ia merupakan dua gol kedua dalam satu perlawanan buat penyerang baharu The Red Giants itu selepas tiga aksi selain kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Sebelum itu, mereka terikat dalam dua perlawanan awal liga – iaitu seri 3-3 menentang KL City FC dan 2-2 menentang Negeri Sembilan FC.

Kesilapan Kedah adalah turun dengan sistem taktikal baharu iaitu 3-4-3 yang jelas belum bersedia sepenuhnya walaupun sudah pun diuji dalam beberapa aksi persahabatan. Tidak pasti kenapa ia perlu diubah selepas tiga kemenangan diraih dalam tiga perlawanan sebelum itu. Adakah ia satu tindakan tidak perlu oleh Sang Kenari?

Gandingan kapten, Rodney Calvin, Marc Vales dan Jang Suk-won bergelut membentuk keserasian malah ‘dibuli’ jentera serangan tuan rumah. Kerap kali mereka terlepas kawalan malah gagal mengawal Caion terutamanya.

Gol pertamanya terhasil selepas menerima hantaran lintang Fazly Mazlan yang terlebih dahulu telah ditampan Shahrel Fikri sebelum disambungnya. Pergerakan kakinya yang licik memperdaya Rodney Calvin sebelum beliau melepaskan rembatan deras untuk menewaskan Ilham Amirullah untuk gol kedua Selangor di minit ke-34.

Gol keduanya hadir di minit ke-87 selepas gandingannya bersama Norhakim Hassan berjaya memperdaya Marc Vales dan Rodney Calvin untuk beliau membelah di antara kedua-dua bek tengah itu seterusnya menewaskan penjaga gol buat kali keempat. Sebelum itu, Caion membuat assist kepada Norhakim Hassan untuk gol kedua.

Bek bertiga Kedah sering terdedah akibat kekurangan sokongan daripada bek sayap yang perlu membentuk bek berlima ketika bertahan selain ketiadaan pemain tengah bertahan yang mampu mencantas awal pergerakan Caion. Gandingan Amirul Hisyam dan Dechi Marcel bukan solusi terbaik buat Kedah dalam formasi tersebut.

Menurut penganalisis bebas dan pemerhati Liga Malaysia, Don K-Rul Izham, pengendali Kedah tampak memiliki tugas kritikal mencari gandingan terbaik buat Dechi Marcel yang dilihat lebih cenderung sebagai penghubung antara jentera tengah dan serangan. Beliau bukanlah pemain yang akan membuat ‘kerja kotor’ di belakang.

Siapa lagi pemain tengah yang Kedah miliki? Amirul Hisyam jelas gagal membentuk gandingan baik bersama Dechi Marcel disebabkan beliau hanya pemain yang statik, menurut K-Rul Izham. Aidil Sharin miliki dua pilihan sama ada Asnan Ahmad atau pemain baharu yang baru pulih daripada kecederaan, Khairu Azrin Khazali.

“Mencari ‘partner’ kepada Dechi juga bukan juga kerja mudah. Mobiliti Dechi sangat laju, begitu juga teknikal dan stamina dia jauh lebih baik. Untuk menjana serangan Dechi tiada masalah, dia juga sudah membuktikan kredibiliti sebagai ‘good passer’ setakat ini. Harapan nak lihat seorang ‘partner’ kepada Dechi juga lebih ada visi, kreativiti untuk mencorak permainan lebih baik. Erti kata lain yang boleh membantu melakukan hantaran yang lebih mengancam untuk gol.”

Don K-Rul Izham

Formasi 3-4-3 Kedah ini memerlukan Dechi Marcel berganding bersama sama ada Asnan Ahmad atau Khairu Azrin. Kedua-dua pemain ini miliki visi hantaran jauh yang baik selain gemar mencantas awal gerakan lawan.

Tomas Trucha Wajar Nilai Semula Corak Permainan & Prestasi 3 Pemain Menjelang Derbi Utara

Berdepan Penang FC dalam Derbi Utara pada Ahad ini sangat penting buat Sang Kenari. Keputusan aksi derbi memberi makna besar kepada Penang mahupun Kedah. Adakah Kedah bakal berbalik kepada formasi sebelum ini? Itu adalah jalan yang terbaik jika Khairu Azrin ataupun Asnan Ahmad masih tidak cergas untuk diturunkan.

Jika Aidil Sharin masih berkeras untuk menggunakan sistem bek bertiga ini, mungkin sukar untuk mereka mendapat keputusan terbaik walaupun Penang tiada penyerang berkualiti seperti Caion untuk diharapkan.

Casagrande tiada mobiliti seperti Caion yang mampu meranapkan sistem bek bertiga lawan. Mungkin kelicikan Endrick dos Santos dan Hilal El-Helwe  boleh digunakan untuk memusnahkan lawan tetapi kombinasi jentera serangan Harimau Kumbang masih lemah. Siapa akan ‘makan’ siapa dalam pertembungan pada Ahad ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN