Cabaran Skuad B-21 Dalam Piala Newspaper Bermula Hari Ini

Skuad Malaysia bawah 21 tahun (B-21) bakal menentang wakil daripada Korea Selatan, Gimhae CFC dalam aksi pembukaan Piala Newspaper di Hue City, Vietnam petang ini.

Kejohanan ini merupakan medan untuk menguji beberapa muka baharu bagi membentuk barisan yang mantap sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020 Mac depan.

Seramai 30 pemain muda dipilih oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-21 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 29 November hingga 9 Disember 2018.

Daripada 30 orang pemain tersebut, hanya 3 orang pemain yang beraksi dalam saingan Sukan Asia di Indonesia bulan lalu telah dipanggil termasuk 4 orang pemain yang beraksi dalam saingan AFC B-19 dibawah kendalian Bojan Hodak.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada 20 pemain terbaik untuk dibawa ke kejohanan tersebut yang berlangsung pada 10 hingga 19 Disember ini.

Barisan 20 pemain yang membawa cabaran negara di Piala Newspaper 2018. FOTO: KFA

Antara muka baharu yang kurang dikenali dan mungkin agak asing dalam kalangan pemain tempatan ialah Jordon Ollerenshaw dari kelab St George. Beliau merupakan anak kepada bekas pemain Australia dan pemain import Sabah iaitu Scott Ollerenshaw.

Kali terakhir Malaysia bertanding dalam Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang piala kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu juga di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Selepas bertemu Gimhae CFC hari ini, mereka kemudian dijadualkan menentang skuad kebangsaan B-21 Vietnam pada hari jumaat ini dan Myanmar dua hari kemudian.

Nik Akif Syahiran menjalani sesi latihan dengan skuad bawah 21 tahun di Wisma FAM. FOTO: FAM

Skuad B-23 negara sepanjang tahun ini mempamerkan prestasi yang cemerlang sehingga menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.

Bermula dengan kejutan mara hingga ke suku akhir kempen AFC di China Januari lalu, rentak cemerlang itu kemudiannya diteruskan pada temasya Sukan Asia yang menyaksikan Malaysia membuat kejutan terbesar apabila menewaskan Korea Selatan 2-1 yang diketuai oleh bintang Tottenham Hotspur, Son Hyeung Min.

Biarpun berjaya muncul selaku juara Kumpulan E, hasrat skuad negara untuk mara ke peringkat lapan terbaik disekat oleh Jepun apabila Malaysia tewas tipis 0-1 di pusingan kedua temasya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN