Szczesny: Bermain Diatas Rumput Tiruan Bukan Penghalang Juventus Untuk Menjuarai Kumpulan H

Meskipun Juventus kini berada di kedudukan selesa menduduki tempat teratas dalam Kumpulan H dengan mengumpul 12 mata – dua mata mengatasi Manchester United – namun mereka perlu memperoleh tiga mata penting untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan pasukan itu tampil sebagai juara mutlak peringkat kumpulan.

Tugasan Juventus tidak semudah seperti yang dijangka. Kelab dengan nama jolokan ‘ I Bianconeri’ ini bakal berdepan cabaran BSC Young Boys di atas padang tiruan di Stade de Suisse pada awal pagi esok.

Keadaan rumput tiruan dijangka akan memberi sedikit kesukaran buat para pemain Juventus untuk mencapai misi pasukan dalam perlawanan tersebut.

BERN, SWITZERLAND – DECEMBER 11: Juventus player Paulo Dybala during the UEFA Champions League walk around at Stade de Suisse, Wankdorf on December 11, 2018 in Bern, Switzerland. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)
Szczesny: Tidak ada masalah

Bagi penjaga gol Juventus Wojciech Szczesny, beraksi di atas padang tiruan di Stade de Suisse itu nanti bukan satu alasan buat Juventus untuk gagal beraksi dengan cemerlang dan memenangi perlawanan tersebut.

Malah penjaga gol berusia 28 tahun itu yakin bermain diatas rumput sintetik tidak akan menjejaskan mental dan fizikal para pemain.

Szczesny berpendapat, rentak pasukan tidak akan terjejas walau mereka bermain dimana sekalipun kerana sebelum ini pasukan sudah berjaya tampil hebat di pentas Eropah.

“Ia hanya berubah sedikit, kerana segala-galanya akan menjadi lebih cepat di padang sintetik.”

“Anda telah bermain dengan baik di aksi lain Liga Juara-Juara – maka di atas rumput tiruan tidak akan ada banyak perbezaan melainkan permainan akan menjadi semakin pantas.

“Jika Liga Juara-Juara, saya akan sanggup beraksi di atas permukaan pasir.”

Akan menjuarai kumpulan

Szczesny percaya bahawa Juventus mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut dan seterusnya layak ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan H.

Oleh itu, beliau berharap para pemain akan bermain dengan baik dan perlu membuktikan kemampuan sebenar dengan menewaskan Young Boys.

“Menamatkan saingan di kedudukan teratas sangat penting. Kita layak berada di puncak sehingga kini dan kita perlu membuktikannya esok.”

“Kemudian kita boleh menunggu undian dengan lebih tenang,” tambah Szczesny.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN