VIDEO: Cabaran Keras Razman Roslan Terhadap Safiq Rahim

Dalam konteks bola sepak moden di Malaysia, permusuhan diantara Pahang dan juga JDT adalah permusuhan yang cukup hebat.

Perlawanan ini sering menyajikan aksi bola sepak yang cukup menarik, serta kadang kala aksi-aksi panas antara kedua-dua pasukan.

Balik ke tahun 2014 ketika 2 pasukan ini bertembung sesama sendiri di Stadium Darul Makmur, Razman Roslan telah melakukan cabaran keras lagi bahaya terhadap Safiq Rahim.

Ia nyata mengundang rasa tak puas hati Safiq terhadap Razman dan kapten Pahang ketika itu dikenakan kad kuning oleh pengadil.

Masih ingat lagi cabaran keras ini?

Sambil itu, jangan lupa subscribe laman rasmi Semuanya BOLA TV di Youtube untuk tak terlepas pelbagai video menarik. Ayuh!

Leave a Reply