Cabaran Besar Azfar Arif Untuk Rebut Minit Permainan Bersama Penang

Penang ketika ini menjadi antara pasukan paling sibuk dalam mempersiapkan diri mereka untuk saingan musim hadapan, menerusi beberapa pemain baharu sah ditandatangani.

Sebelum itu, Penang juga telah mengekalkan beberapa tonggak utama mereka musim ini untuk saingan hadapan termasuk khidmat pemain import pertahanan kelab tersebut iaitu Rafael Vitor.

Terbaharu, pasukan tersebut sah mengikat salah seorang penjaga gol muda yang mempunyai potensi besar untuk masa depan bola sepak negara iaitu Muhammad Azfar Arif Mohd Shukri.

Azfar yang menyertai Petaling Jaya City (PJ City) musim ini dilihat gagal untuk merebut kesebelasan utama daripada Kalamullah Al-Hafiz, walaupun mempunyai reputasi baik bersama UiTM FC tahun lalu.

Pemain kelahiran Terengganu ini bakal menbawa cabaran baharu musim depan dalam usahanya untuk mendapatkan kembali minit permainan bersama dua lagi penjaga gol Penang.

Melihat kepada cara Penang dalam melakukan rekrut posisi penjaga gol musim depan, pasukan itu tidak lagi mengikat mana-mana pemain berpengalaman untuk menjaga gawang mereka seperti sebelum ini.

Pada tahun 2020, mereka telah pun menandatangani khidmat Sam Somerville sebagai penjaga gol berpengalaman dan kekal sehingga musim lalu dengan cemerlang.

Untuk musim ini, Penang berjaya menandatangani seorang lagi nama besar di posisi tersebut iaitu Hafizul Hakim dari Perak untuk menggantikan khidmat Sam yang berhijrah ke Selangor.

Selain menandatangani Azfar, pasukan tersebut juga dilihat mengekalkan dua lagi penjaga gol yang dilihat masih lagi muda iaitu Khatul Anuar serta Shafiq Afifi untuk musim depan.

Cabaran besar ketika ini untuk Azfar kembali mendapatkan minit permainan, setelah dua rakan sepasukan beliau di posisi tersebut tampil lebih menyerlah serta mempunyai rekod baik untuk bersaing selaku penjaga gol utama kelab.

Salah seorang bakal beliau hadapi ialah penjaga gol paling senior Penang musim hadapan iaitu Khatul Anuar yang memberikan impak sangat positif musim ini, selepas sering digilirkan bersama Hafizul Hakim.

Manakala, Shafiq Afifi pada musim ini berjaya beraksi sebanyak tiga perlawanan dan mempunyai rekod bersama skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) pastinya mempunyai peluang lebih cerah untuk beraksi berbanding Azfar.

Walaupun begitu, peluang untuk Azfar juga dilihat masih terbuka selepas rombakan yang dibuat Penang ini dan pastinya akan mengubah kedudukan semua pemain untuk saling bersaing merebut tempat utama dalam kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN