But Pemain Terbaik Dunia (Bahagian Satu)

Pemilihan but yang sesuai memainkan peranan penting dalam memastikan seorang pemain bola sepak bermain dengan baik dan selesa. Korang pakai but apa? Nike? Adidas? Puma? Umbro? Dah bermacam-macam jenama yang ada dekat pasaran sekarang ni, tak kurang juga pelbagai corak dan bentuk.

Baca Dulu: Mesej Tersembunyi Dalam Iklan But Adidas

Ha.. dan korang tahu tak but yang pemain terkenal dunia pakai untuk musim 2014-15 ni? Jom usha gambar dan sedikit maklumat tentang but diorang.

CRISTIANO RONALDO
ronaldoboot

 

“Built for speed, made for trophies” itu yang slogan yang digunakan Nike untuk menggambarkan but terbaru Ronaldo ini. But pemenang 3 kali Ballon d’Or ini ditampilkan dengan warna perak yang bersinar sambil di kontraskan dengan warna Midnight Navy pada kolarnya.
Direka untuk kepantasan, Nike Mercurial Superfly Silverware ini merupakan but bola sepak paling advance pernah ada di pasaran dengan ciri kolar Dynamic Fit, Flyknit, Nikeskin dan plat tapak menggunakan bahan karbon fiber.
fghrftghfg
But ini inspirasikan dari trofi perak yang ingin di julang pemain pemain elit seperti Ronaldo. But tersebut sudahpun membuat penampilan pertamanya pada pertembungan El Clasico dimana Real Madrid tewas 2-1 kepada Barcelona.

Zlatan Ibrahimovic

fdgdfgdfgdfg

Zlatan yang telah tamat kontrak bersama Nike pada lewat 2014 mula dilihat memakai beberapa but hitam (blackout) termasuk lah Adidas F50 Adizero Nike Mercurial Vapor dan Nike Tiempo Legend. Bersempena kempen ‘World Food Programme’, Zlatan bakal menggunakan but Nike Mercurial Vapor X yang tertera slogan “805 Million Names” sebagai tanda sokongan kempen tersebut.

Dikhabarkan but tersebut sudahpun dipakai oleh Zlatan semasa aksi saingan 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah semasa Paris Saint-Germain menentang Chelsea.

hgnhnhnh

Baca: Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Zlatan Ibrahimovic

Mesut Ozil

gdfgdfgdfgdfgdfgdfgdf

Juara Piala Dunia 2014 yang kini bergelut dengan prestasi di Emirates itu dilihat memakai Adidas Predator Instinct dalam saingan pusingan ke 4 piala FA (Arsenal vs Brighton). Sebelum ini, Adidas menerbitkan sebuah iklan Predator Instinct yang di bintangi Ozil sendiri.

Dalam konteks mesej iklan tersebut Predator Instinct diinspirasikan dari haiwan pemangsa yang menggunakan naluri untuk memburu. Dan bila naluri mengambil alih, ia diterjemahkan menerusi sentuhan, skop pandangan, dan keyakinan mengawal permainan semasa di atas padang. Persis pemangsa.

kakakakakaka

Lionel Messi

mesiiii

Adidas Messi 2015 yang terbaharu mengembalikan nostalgia zaman kanak kanak Messi semasa di Rosario dengan corak unik di bahagian tumit, diinspirasikan dari mural grafiti di Rosario, Argentina. Disember 2014 Adidas mendedahkan but Messi Mirosar10 yang juga menampilkan rekaan inspirasi dari Rosario. Model pertama Adidas Messi 2015 dinamakan sebagai Adidas Messi Pibe de Barrio (kanak kanak kejiranan) dan sudahpun dilancarkan pada Mac yang lepas.

Baca: Reaksi Pemain Bola Sepak Terhadap Nutmeg Messi Semasa Menentang Manchester City

Menggunakan tiga warna utama Granite / Merah / Putih, Adidas Messi Pibe de Barrio adalah hasil gabungan Adidas Adizero F50 2014 & 2015. Dengan mengimplankan hanya 3 gigi (studs) di bahagian bawah tumit, ia memfokuskan daya cengakam yang lebih baik pada permukaan padang yang keras.

125

Nantikan artikel bahagian 2 untuk but pemain terbaik dunia yang bakal menampilkan pemain seperti Diego Costa, Marco Reus, Wayne Rooney dan juga Neymar.

Baca: Cerita Disebalik Nombor Jersi Yang Pelik (Bahagian Satu)

Artikel ini merupakan sumbangan salah seorang pembaca kami iaitu Khairul Ahmad. Khairul Ahmad boleh dihubungi di email beliau [email protected].

Kami mengalu-alukan anda untuk menghantar hasil karya berkenaan bola sepak ke [email protected].

kredit featured image: soccerbible.com
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN