Buriram United ‘Kantoi’ Pasang CCTV Di Bilik Persalinan Lawan?

Buriram United Pasang CCTV Chang Arena

Menerusi ciapan di Twitter, pendahulu Thai League 1, Buriram United dilaporkan memasang CCTV di bilik persalinan lawan di Chang Arena.

Menurut ciapan oleh seorang penulis di sana, Ta Lao, apabila mendapati terdapat CCTV di bilik persalinan mereka, Chonburi FC telah menutupnya dengan pita pelekat. Kedua-dua pasukan telah bertembung Ahad lalu.

Chonburi tewas 0-2 dalam pertembungan ke-17 liga yang menyaksikan Buriram semakin mengukuhkan kedudukan mereka di takhta Thai League.

Mereka mengumpul 45 mata, 11 mata mendahului Bangkok United yang berada di tangga kedua, diikuti Chonburi di tangga ketiga dengan 33 mata.

Menurut ciapan oleh Ta Lao, Thai League mengharamkan penggunaan CCTV di bilik persalinan dan adakah ini salah satu taktik Buriram?

Malah, Buriram hingga ke saat ini belum pernah tewas dalam 17 aksi musim 2022/23 – merupakan rekod tidak kalah terpanjang musim ini.

Adakah CCTV itu telah membantu Buriram berjaya melakar rekod sebegitu? Ia pasti bakal menjadi perdebatan hangat di sana dalam beberapa hari ini.

Dalam sembilan perlawanan di laman sendiri, mereka hanya dua kali terikat dengan keputusan seri manakala telah menang baki tujuh perlawanan.

Adakah Buriram telah menipu dan ‘skodeng’ semua taktikal yang bakal dipersembahkan oleh lawan mereka ketika aksi di Chang Arena?

Menjawab persoalan tersebut, kapten, Theerathon Bunmathan antara yang terawal memberi respon terhadap insiden ‘kantoi’ pemasangan CCTV itu.

Menurutnya yang dipetik berkata di Theerathon5 Official, mereka tidak menggunakan rakaman CCTV itu untuk menganalisis pasukan lawan.

Selain itu, bekas Presiden Chang Rai United, Miti Tiyapairat turut memberi respon terhadap insiden itu dengan menyatakan bahawa CCTV tersebut sudah berada di situ sejak pertandingan AFC Champions League (ACL) lalu.

Ia sentiasa ada [di sana]. Ketika perlawanan ACL, pasukan lawan tidak tahu mereka memasangnya. Kami telah memaklumkan kepada semua pasukan agar menggunakan pita pelekat [untuk menutupnya],” ciapnya di Twitter.

Buriram hanya sempat beraksi sekali di gelanggang sendiri di ACL 2022 berdepan Daegu FC, mereka tewas 2-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa di play-off.

Perkara ini telah dibawa kepada pengendali Thai League untuk diambil tindakan kerana ia merupakan satu kesalahan untuk memasang CCTV di bilik persalinan.

Dalam pada itu, menurut satu kenyataan oleh pasukan yang diciap oleh laman Twitter Thai League Central, mereka bakal membuang CCTV tersebut.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Apakah tindakan yang bakal dikenakan ke atas pendahulu liga itu nanti? Akan ada pemotongan mata? Buriram dijangka bakal menerima surat amaran untuk kesalahan pertama tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN