Bundesliga: Tandukan Saat Akhir Haaland Hampakan Fortuna Dusseldorf

Erling Haaland

Erling Haaland yang baru kembali dari kecederaan lutut menghampakan pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Fortuna Dusseldorf dengan gol tunggal saat akhir perlawanan pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan 1-0 yang diraih di Merkur Spiel Arena itu, perlumbaan untuk kejuaraan Bundesliga masih terus diteruskan dengan Bayern Munich perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga Selasa ini sebelum dapat mengesahkan kejuaraan Bundesliga buat kali kelapan berturut-turut.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir tanpa sebarang jaringan, Haaland yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61 menanduk masuk hantaran Manual Akanji dari sebelah kiri hanya beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ia sekaligus menjadikan Fortuna terus menderita di zon penyingkiran di kedudukan ke-16 Bundesliga dengan hanya tiga perlawanan berbaki sebelum saingan liga berakhir.

Sebelum itu Raphael Guerreiro menyangka telah berjaya meletakkan pasukannya di depan menerusi rembatan voli pada separuh masa kedua, bagaimanapun semakan VAR mendapati bola telah terkena lengan pemain antarbangsa Portugal itu sebelum menjaringkan gol.

Fortuna juga berpeluang untuk menang perlawanan tersebut apabila percubaan leret pemain gantian, Steven Skzybski terkena tiang dan pemain tersebut sekali lagi menggear tiang pada masa kecederaan ketika membuat serangan balas.

Haaland mengakhiri ketandusan gol dalam dua perlawanan Bundesliga dengan menjaringkan gol ke-11 untuk musim ini dalam 12 perlawanan Bundesliga sejak menyertai Dortmund pada Januari lalu.

Dalam perlawanan lain, Union Berlin berjaya menjarakkan kedudukan mereka dari zon penyingkiran selepas menewaskan Cologne 2-1, sementara Wolfsburg dan Freiburg terikat 2-2 di Volkswagen Arena.

Werder Bremen pula menghidupkan peluang mereka untuk keluar dari zon penyingkiran dengan mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan tercorot, SC Paderborn.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Borussia Dortmund dan Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN