Kita semua tahu, tugas pemain seperti penyerang dan pemain tengah menyerang adalah mencipta gol dan menjaringkan gol untuk pasukan mereka.
Baru-baru ini terdapat perkongsian di Reddit menunjukkan senarai pemain-pemain yang paling rajin menyerang untuk pasukan mereka berdasarkan jumlah minit kepada gol dan bantuan gol (minutes per goal and assist) yang dihasilkan oleh seorang wartawan – John Burn-Murdoch.
Kajian ini dilakukan hasil mengambil kira dari 5 liga terbaik yang berada di Eropah.
Lionel Messi paling rajin
Hasil kajian tersebut menyaksikan bintang Barcelona, Lionel Messi merupakan pemain yang paling kerap melakukan serangan ke kubu lawan.
Messi mencatatkan rekod menjaringkan gol atau melakukan assist setiap 53 minit permainan. Hal ini terbukti apabila musim ini sahaja beliau sudah mencatatkan 6 gol musim ini dari open play selain menghasilkan 3 assist.
Hasil dari kajian itu juga menyaksikan hanya Messi dan seorang lagi pemain iaitu Frank Ribery yang mempunyai purata minit kepada gol dan bantuan gol kurang daripada 60 minit.
Ribery musim ini terlibat dalam situasi penghasilan gol kedua terbanyak di 5 liga utama Eropah dengan sekurang-kurangnya 59 minit.
Musim ini, Ribery sudah menghasilkan 2 jaringan serta 5 assist untuk rakan-rakan beliau.
Perancang Liverpool, Phillipe Coutinho merupakan pemain paling aktif di Premier League ketika menyerang. Beliau kini terlibat dengan penghasilan gol dalam purata 76 minit.
Coutinho kini sudah menjaringkan 5 gol di Premier League dengan 3 daripadanya adalah hasil dari open play. Beliau juga sudah memperoleh 5 assist musim ini.
Dalam statistik ini juga terdapat beberapa pemain yang memcatatkan penurunan dalam purata minutes per goal and assist musim ini.
Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain yang mengalami penurunan. Beliau terlibat dalam penghasilan gol hanya setiap 94 minit sahaja.
Musim ini Ronaldo sudah menghasilkan 5 gol dengan 4 daripadanya adalah open play dan mencatatkan 2 assist.
Selain daripada Ronaldo, Yannick Carrasco juga merupakan pemain yang kurang aktif dalam penghasilan gol.
Untuk musim ini, Carrasco hanya terlibat dalam setiap 97 minit dalam situasi penghasilan gol. Musim ini beliau sudah mencatatkan 5 jaringan gol dengan 1 daripadanya adalah hasil percubaan beliau yang membias kepada pihak lawan.
Carrasco juga sudah mencatatkan 2 assist musim ini.
Pemain La Liga & Bundesliga paling aktif menyerang
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan ini juga menyaksikan senarai 40 pemain dari 5 liga utama eropah yang paling aktif menyerang untuk pasukan mereka.
Daripada 40 pemain tersebut, Bundesliga dan La Liga mempunyai jumlah pemain yang aktif menyerang paling ramai dengan setiap liga mempunyai 11 pemain di dalam senarai 40 pemain ini.
Selain dari Frank Ribery yang mewakili Bundesliga, Pierre-Emerick Aubameyang, Anthony Modeste dan Timo Werner juga tersenarai dalam senarai ini.
Bagi La Liga pula, Pablo Piatti, Luis Suarez dan Antoine Griezmann antara pemain yang menyertai 11 pemain La Liga di dalam senarai ini.
Manakala 9 pemain Premier League berjaya memasuki senarai ini dengan pemain seperti Kelechi Iheanacho, Alexis Sanchez dan Sadio Mane memasuki dalam senarai.
Bagi Serie A pula, hanya 7 pemain yang berjaya memasuki senarai ini. Pemain-pemain tersebut adalah Edin Dzeko, Dries Mertens dan Adem Ljajic.
Dan hanya 2 pemain sahaja dari Ligue 1 yang berjaya menyertai kumpulan 40 pemain ini. Mereka adalah Edison Cavani dan Guido Carrilo.
Baca juga: Laporan Prestasi MSN vs. BBC, Siapa Lebih Hebat Setakat Ini?