Perlawanan tumpuan Bundesliga awal pagi tadi di antara dua gergasi Jerman, RB Leipzig dan Bayern Munich di Red Bulls Arena berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan itu memastikan RB Leipzig kekal selaku pendahulu liga dengan 8 mata daripada empat perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk musim ini.
Robert Lewandowski meneruskan rentak cemerlang beliau dengan jaringan kelapan musim ini selepas meletakkan Bayern Munich di hadapan seawal minit ke-3 menerusi hantaran rendah Thomas Muller.
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽
8️⃣ in 5️⃣ for @lewy_official so far this season 🔥#RBLFCB pic.twitter.com/mQg75lIrYv
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) September 14, 2019
Perlawanan ini berlangsung dengan intensiti tinggi selepas kedua-dua pasukan berbalas serangan demi serangan ke arah pasukan lawan.
Bayern berpeluang untuk menambah jaringan selepas dianugerahkan penalti, namun semakan semula pengadil menggunakan sistem bantuan pengadil (VAR) mendapati tiada kekasaran yang dilakukan Marcel Sabitzer ke atas Lucas Hernandez.
Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah meningkatkan tempo perlawanan dan memaksa Manuel Neuer bekerja keras menafikan beberapa percubaan termasuk dari Nordi Mukiele dan Marce Sabitzer.
Akhirnya usaha The Red Bulls berhasil apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas Youssuf Poulsen dijatuhkan Lucas Hernandez. Emil Forsberg tidak mensia-siakan peluang dengan menjaringkan gol pertamanya musim ini.
🗣️ Julian #Nagelsmann: "We started poorly and didn't really get into the game after conceding. We then got stuck in after the break and created some big chances. It was end to end in the closing stages."
🔴⚪ #DieRotenBullen #RBLFCB pic.twitter.com/cLxTO5hB3v
— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) September 14, 2019
Sementara itu satu lagi perlawanan lain di Signal Iduna Park menyaksikan Borussia Dortmund tidak berhadapan masalah setelah cemerlang membelasah Bayer Leverkusen.
Trio Paco Alcacer, Marco Reus dan Jadon Sancho sekali lagi cemerlang selepas ketiga-tiga cemerlang menyumbang gol untuk memacu kemenangan 4-0 Dortmund ke atas pasukan pelawat sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Leverkuson sejak permulaan musim ini.
Satu gol Alcacer pada minit ke-28 meletakkan tuan rumah di hadapan. Marco Reus menggandakan kedudukan selepas lima minit separuh masa kedua bermula.
Raphael Guerreiro menambah luka pelawat dengan gol ketiga pada minit ke-83 sebelum Marco Reus melengkapkan malam gemilang The BVB menerusi jaringan kedua peribadinya pada masa kecederaan.
Paco Alcacer turut menyamai rekod Pierre-Emerick Aubameyang dengan menjaringkan gol dalam empat perlawanan awal Bundesliga.
💛🖤💯#Bundesliga win #️⃣1️⃣0️⃣0️⃣ for @woodyinho in Dortmund colours, plus two goals of his own 👍 pic.twitter.com/hwoKC6sNDX
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) September 14, 2019
Manakala Sancho pula kini mendahului senarai bantuan jaringan dengan empat bantuan dan menjadikan yang ke-18 sejak menyertai kelab Jerman itu musim lepas.