Bundesliga 2019/20: Hajat Schalke Terajui Liga Disekat Hoffenheim

Dua gol pada separuh masa kedua oleh Andrej Kamaric dan Ihlas Bebou memastikan Hoffenheim bangkit dari prestasi buruk pada awal musim dengan menundukkan Schalke 2-0 di ProZero Arena awal pagi tadi dan menafikan peluang The Royal Blues untuk menghuni takhta Bundesliga.

Skuad bimbingan David Wagner yang mengumpul 14 mata sebelum memulakan perlawanan hadir dengan motivasi tinggi selepas perlawanan lain pada Sabtu berkesudahan hampir semua pasukan di kelompok teratas gagal menjarakkan kedudukan antara satu sama lain.

Pendahulu, Borussia Monchengladbach juga tewas 1-0 kepada Borussia Dortmund namun kekal menerajui liga dengan 16 mata. Kedudukan terkini menyaksikan pasukan di kedudukan teratas hanya dibezakan dua mata sahaja dengan pasukan di tempat kesembilan.

https://twitter.com/JOYPAULIAN/status/1185980936778731520?s=20

Pemain sayap Schalke, Daniel Caliguiri menguji penjaga gol Hoffenheim seawal minit ketiga dengan sepakan percuma tetapi tersasar. Beberapa minit kemudian pemain veteren itu membuat hantaran kepada Alessandro Schopf dalam situasi bola mati tetapi tandukannya gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.

Dalam 30 minit pertama, Schalke membuat tujuh sepakan tepat ke arah gol tetapi gawang pasukan tuan rumah yang dikawal Oliver Baumann terus kebal sehingga tamat 45 minit separuh masa pertama.

Awal babak kedua, situasinya masih sama dengan Schalke terus mengasak memburu gol pertama dan menguasai permainan. Tetapi segalanya berubah menjelang 20 minit terakhir selepas Hoffenheim memasukkan Ihlas Bebou dan Lukas Rupp.

Hasil dari serangan balas, Ihlas Bebou membuat larian solo dari kawasan sendiri dan menggelecek melepasi kawalan dua pertahanan lawan dan setibanya di dalam kawasan petak penalti beliau terus merembat ke arah gol tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Alexander Nubel.

Tetapi bola itu melantun di depan gol dan segera disambar Andrej Kramaric yang tidak dikawal. Pemain antarabangsa Croatia itu menjaringkan gol dalam penampilan pertama musim ini selepas pulih dari kecederaan lutut.

Lima minit sebelum tamat perlawanan, Bebou sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat dengan gol kedua buat Hoffenheim menerusi rembatan yang hanya mampu dilihat Nubel dan memastikan pasukan pelawat pulang berputih mata.

Ini adalah pertama Hoffenheim meraih kemenangan dua kali berturut-turut di bawah kendalian Alfred Schreuder yang sebelum ini masih mencari rentak terbaik selepas bekas pengurus mereka, Julian Nagelsmann meninggalkan pasukan itu untuk menyertai RB Leipzig pada awal musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN