Bukti Nyata Yang Menunjukkan Mengapa Gol Ronaldo Bertemu Newcastle Tak Sepatutnya Dibatalkan

Tular sebuah video di media sosial pada ketika ini yang membuktikan bahawa gol jaringan Cristiano Ronaldo ketika bertemu Newcastle United tak sepatutnya dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Video tersebut menunjukkan sudut pandangan berbeza ketika Ronaldo menjaringkan gol dalam aksi bertemu Newcastle United malam semalam dan ia sudah cukup untuk menjelaskan mengapa gol itu sepatutnya diberikan kepada Man United.

Cristiano Ronaldo sebenarnya berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi bertemu Newcastle United di Old Trafford malam semalam.

Walau bagaimanapun, kedua-dua gol tersebut telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan, dengan satu darinya dibatalkan kerana beliau ditangkap berada di kedudukan offside.

Tidak lama selepas itu, Ronaldo berjaya menjaringkan satu lagi gol namun ia juga dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Newcastle ketika itu sedang bersedia untuk mengambil sepakan percuma dan Fabian Schar jelas sekali sudah menyentuh bola untuk dihantar kembali kepada Nick Pope.

Memandangkan wisel sudah dibunyikan dan Fabian Schar juga sudah menyentuh bola, maka Ronaldo berfikir yang sepakan percuma itu sudah diambil.

Bintang Portugal itu kemudiannya merampas bola dari Nick Pope dan menyepak bola masuk ke gawang gol Newcastle yang sudah terbuka luas untuknya ketika itu.

Pengadil perlawanan kemudiannya membatalkan gol tersebut kerana merasakan Ronaldo mencuri bola sebelum sepakan percuma diambil.

Ronaldo bersama pemain-pemain Manchester United kemudiannya meluru ke arah pengadil perlawanan dan mempersoalkan keputusannya membatalkan gol tersebut.

Kini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan bahawa Ronaldo sebenarnya merampas bola tersebut selepas beliau mendengar pengadil meniup wisel dan pemain Newcastle turut sudah menyentuh bola terlebih dahulu.

Manchester United turut mendakwa yang mereka sepatutnya dihadiahkan dua sepakan penalti dalam perlawanan ini namun dinafikan oleh pengadil perlawanan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Erik ten Hag tampil membincangkan tentang gol jaringan Cristiano Ronaldo yang telah dibatalkan itu.

“Saya tak ada komen, semua orang dah nampak hal itu.”

“Saya bercakap dengan mereka (pengadil dan pembantu pengadil). Semua orang nampak apa yang dah berlaku di atas padang.”

Jika kem Manchester United merasakan gol tersebut seharusnya disahkan, kem Newcastle pula merasakan sebaliknya dan turut menganggap Ronaldo sebenarnya sekadar mencuba nasib sahaja ketika membantah keputusan pengadil.

Walaupun Schar sudah menyentuh bola selepas wisel dibunyikan, namun Eddie Howe percaya yang anak buahnya itu sekadar mahu memberikan bola kepada Pope agar penjaga golnya itu mengambil sepakan percuma itu.

“Kalau gol itu disahkan, ia akan menjadi gol yang sukar untuk kami terima.”

“Saya boleh nampak pada ketika itu Fabi bukanlah mahu mengambil sepakan percuma.”

Jelas Eddie Howe kepada media selepas tamat perlawanan.

“Dia mahu meminta Nick untuk mengambil sepakan percuma itu. Saya tak tahu kalau pengadil sudah tiup wisel, tapi saya tak rasa dia perlu mulakan semula permainan.”

“Bagi saya, ia sangat jelas yang Nick memang menunggu untuk mengambil sepakan percuma itu, dan jelas sekali, Ronaldo tampil merampas bola dari dia. Ia bakal menjadi gol yang sangat kami tak boleh terima andai ia disahkan.”

Cristiano Ronaldo telah dikeluarkan pada minit ke-72 permainan dengan tempatnya digantikan oleh Marcus Rashford.

Keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur pulang membawa pulang satu mata sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN