Bergson da Silva pada ketika ini sedang bersaing untuk merebut kasut emas dalam saingan Liga Super Malaysia dan tindakan terpuji beliau malam semalam telah mendapat pujian menggunung dari pelbagai pihak.
Pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super Malaysia itu telah menunjukkan sikap terpuji dengan beliau memilih untuk membuka ruang kepada rakan sepasukannya menjaringkan gol berbanding menambah koleksi gol peribadinya.
Bergson berpeluang untuk menjaringkan gol ketika aksi bertemu PJ City di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam, namun beliau lebih memilih untuk membenarkan Fernando Forestieri untuk mencipta nama sebagai penjaring gol.
23' GOL | JDT kini berada di depan hasil rembatan Bergson yang tepat menuju ke penjuru gawang!@OfficialJohor 1-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/cTerKS5SQB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan PJ City dengan keputusan 4-0 malam semalam, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan Liga.
JDT membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-23 permainan menerusi Bergson da Silva yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti.
Dua minit selepas memperoleh gol pendahuluan, JDT berjaya menggandakan kedudukan kali ini hasil jaringan cantik daripada Fernando Forestieri.
Pemain penyerang Johor Darul Ta’zim itu tampil untuk menyempurnakan sepakan percuma dengan bola rembatan beliau cantik menerjah jaring gawang gol PJ City.
25' GOL | Sepakan percuma Fernando Forestieri menggandakan kelebihan skuad Harimau Selatan!@OfficialJohor 2-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/RgbxMowILA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
Masuk aksi babak kedua permainan, Bergson da Silva berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini untuk memastikan JDT mendahului 3-0.
Bergson dipuji kerana tidak tamak
Pada minit ke-85 permainan, Bergson sebenarnya berpeluang untuk mencatatkan hat-trick, seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pendahulu carta penjaring terbanyak saingan Liga Super Malaysia.
Beliau ketika itu berjaya memperdaya pertahanan dan penjaga gol PJ City, dan memiliki ruang yang cukup selesa untuk meledak gol ketiganya dalam perlawanan ini.
Namun kerana sedar Forestieri lebih berpotensi untuk meledak gol, beliau kemudiannya melorongkan bola cantik mencari rakan sepasukannya itu.
Unselfish by Bergson. #RESPECT 🙌🏻 https://t.co/GjSEDmLppe
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 28, 2022
Fernando Forestieri tenang menyempurnakan bola hantaran dari Bergson untuk membantu JDT mendahului perlawanan dengan keputusan 4-0.
Tindakan Bergson jelas sekali menunjukkan yang beliau tidak tamak dan hanya mementingkan kemenangan untuk skuadnya.
Bergson berhak dipuji atas tindakan itu, lebih-lebih lagi selepas banyak hal yang beliau korbankan sebelum membenarkan Forestieri mencatat nama sebagai penjaring gol.
Beliau mengorbankan kesempatan untuk mencatatkan hat-trick dan turut mengetepikan perebutan kasut emas hanya untuk memastikan JDT memperoleh gol.
📊 KEDUDUKAN – LS11#LigaSuper2022 pic.twitter.com/HVx9MpYGtR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
Seandainya beliau tidak menghantar bola itu kepada Forestieri dan percubaannya tersasar sekalipun, tentu saja para peminat tidak akan marah kerana JDT pada ketika itu sudah selesa mendahului 3-0.
Oleh yang demikian, tidak dinafikan lagi yang Bergson da Silva sememangnya berhak untuk dipuji dan layak dianggap sebagai antara pemain yang paling tak tamak.