Kecoh beberapa hari ini, apabila para penyokong Indonesia telah menyebarkan video kononnya penyokong mereka dibelasah kerana kekacauan penyokong ketika aksi di antara Malaysia dan Indonesia.
Perkara itu kemudiannya telah dinafikan oleg Syed Saddiq yang menyatakan video itu tiada kaitan dengan insiden kekecohan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil.
Syed Saddiq turut menyatakan kekesalan beliau di atas penyebaran hoax itu yang mengeruhkan lagi keadaan di antara penyokong Malaysia dan Indonesia.
Seorang lelaki yang di dalam video itu turut tampil menyatakan bahawa beliau dibelasah penyokong Harimau Malaya. Lelaki itu turut menyatakan kekecewaannya kepada Syed Saddiq.
Silakan disimak dan yang bisa download silakan download, semoga sampai ke hp si mentri..
KAMI TUNGGU KLARIFIKASI DAN PERMINTAAN MAAF MENTRI SUKAN BELIA MALAYSIA ATAS VIDEO YANG MENYATAKAN HOAX PERSITIWA PEMUKULAN SUPPORTER INDONESIA.
Atau kami akan tuntut anda 😎 pic.twitter.com/8pWhzHNlJQ
— SPARTACKS (@spartacks_spfc) November 22, 2019
Namun hari ini, Bukit Aman telah mengesahkan bahawa video tersebut bukannya berlaku di Bukit Jalil, tetapi di Bukit Bintang.
Kes tersebut juga sudah dilaporkan di balai polis berdekatan kejadian pada Rabu.
Dipetik dari Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Fuad Naji pada 8 malam Rabu lalu.
“Mangsa melaporkan bahawa dia dipukul sekumpulan individu dipercayai rakyat tempatan sekitar jam 2 pagi hari sama.”
“Hasil siasatan dijalankan mendapati insiden itu tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.”
“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes samun mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.”
“Setakat ini siasatan mendapati mangsa kehilangan pasport dan sejumlah wang dalam insiden berkenaan.”
#BHKes Video viral lelaki Indonesia dibelasah adalah kes samunhttps://t.co/Ug7nai283G pic.twitter.com/kFUeAvPVir
— Berita Harian (@bharianmy) November 23, 2019
Namun begitu beliau berkata, motif kejadian tidak dapat dipastikan. Hal ini kerana pegawai penyiasat tidak dapat merekodkan keterangan mangsa.
Beliau menambah: “Mangsa menghilangkan diri selepas dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaik selesai membuat laporan di pondok polis hospital.”
“Usaha mengesan lelaki itu di kawasan penginapannya juga menemui jalan buntu.”
“Justeru, polis menggesa mangsa dan rakannya tampil berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi siasataan lanjut. Polis juga meminta bantuan dari kedutaan Indonesia untuk memaklumkan perkara ini kepada mangsa,” katanya.
“Individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya lagi.
Polis juga sedang mengesan dan mencari individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.