Highlight: Debut Kemenangan Dalam Derbi Mourinho Bersama Spurs

Jose Mourinho melakukan debut yang cemerlang bersama kelab baharu beliau, Tottenham Hotspur.

Mourinho dilantik sebagai pengurus baharu Spurs pada Selasa lalu menngantikan Mauricio Pochettino. Dan perlawanan pertama beliau adalah derbi London berhadapan dengan West Ham United.

Spurs di hadapan menerusi Song Heung Min pada minit ke-36. Pemain kebangsaan Korea Selatan itu merembat deras bola mengatasi Roberto Jimenez.

Son kemudian mencipta gol kedua Spurs dengan membuka ruang dan melorongkan bola kepada Lucas Moura. Kredit juga kepada Dele Alli yang melakukan tindakan bijak.

Lucas Moura menyempurnakan gol tersebut pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, Spurs di hadapan dengan 3 gol apabila penyerang sensasi mereka menjaringkan gol pada minit ke-49.

Walaubagaimanapun, West Ham cuba meghambat Spurs selepas itu. Mereka menjaringkan 2 gol. Gol pertama pada minit ke-73 menerusi pemain gantian, Michail Antonio.

Pada masa kecederaan Ogbonna merapatkan jurang gol. Tetapi ia sudah terlalu lambat buat West Ham.

Spurs menang 3-2 ke atas West Ham. Itu merupakan kemenangan pertama Spurs di tempat lawan dalam aksi liga sejak 20 Januari lalu.

Tottenham Hotspur melonjak ke tangga ke-9 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Mourinho meneruskan rekod cemerlang beliau di dalam debutnya.

Kekalahan ini juga secara tidak langsungnya, meletakkan Manuel Pellegrini dalam tekanan. West Ham kini hanya 3 mata daripada zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN